Saturday 16 April 2016

Syabas Persatuan Qari qariah

Alhamdulillah, hari ini mendapat satu keputusan yg merungkai segala persoalan berkaitan masa depan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat Sekolah Rendah & Menengah. Tengahari tadi, telah selesai mesyuarat khas wakil Persatuan Qurro' yg diwakili oleh Pengerusi Persatuan Qari Qariah Kelantan iaitu Ustaz Haji Che Nordin bersama BPI KPM di Cyberjaya.

Natijah yg boleh dikongsikan bahawa Majlis Tilawah Al-Quran Sek Ren & Men KPM 2016 AKAN DILAKSANAKAN SEMULA dgn lbh kemas dan besar lagi setelah dibekukan sementara waktu. Syukur, diberitakan bajet dan peruntukan akan ditambah.

(Sumber: Pengerusi PQQK)

Inilah kemanisan perjuangan Persatuan Qurro' yg diketuai oleh Persatuan Qari-Qariah Kelantan. Selaku Pengerusi Persatuan Tarannum Pahang, tiada gambaran selain gembira dan bersyukur kpd Allah atas pembelaan kpd program pembangunan Al-Quran seluruh ummah ini khususnya di peringkat rendah & menengah ini.

#PTPbersamaDalamMemartabatkanKeagunganAlQuran

Recent Posts

Recent Updates

Recent Comments