Wednesday 18 April 2018

HUKUM MENCURI NAFAS DLM BACAAN QURAN

HUKUM MENCURI NAFAS DLM BACAAN QURAN

Oleh DR. ABD RAUF

*Mencuri nafas sewaktu bacaan alQuran adalah haram.* Ini kerana dalam pembacaan alQuran akan melibatkan hanya 5 perkara sahaja  sebagaimana yg diajarkan oleh ulamak ilmu tajwid iaitu:

*1) WASAL* (menyambungkan bacaan).
*2) IBTIDA'* (memulakan semula bacaan).
*3) WAQAF* (berhenti bacaan dengan nafas baru dgn niat menyambungkan bacaan).
*4) QATA'* (berhenti terus).
*5) SAKTAH* (berhenti sebentar tanpa mengambil nafas baru dgn niat nak sambungkan bacaan).

Oleh itu jika seseorang itu menyedari ia akan kehabisaan nafas, wajib baginya mencari tempat waqaf yg sesuai dan dibenarkan utk berhenti.

Jika seseorang itu tidak menyedari yg dia kehabisan nafas atau terpaksa berhenti kerana kependekan nafas, maka harus baginya utk waqaf idditori (اضطر) (yakni wakaf kecemasan).

Inilah yg dikatakan oleh Imam al-Jazari:

وليس في القرآن من وقف وجب ولا حرام غير ما له سبب

*Apakah punca seseorang mencuri nafas?*

Puncanya kerana ia telah *kehabisan nafas tetapi ingin juga menyambungkan bacaannya.*

Pada saya yang menjadi *haram dalam hal mencuri nafas* ini ialah kerana ia boleh dikategorikan sebagai waqaf idditori (terpaksa berhenti kerana kehabisan nafas tetapi tidak kena caranya).

*Maka kaedahnya ialah kita hendaklah mengulang kembali ayat sebelumnya.*

*Sedangkan dalam mencuri nafas ini, ia menyambung ayat selepasnya tanpa mengulang ayat sebelumnya.*

As-Sheikh Sa'id Abu Khalil dalam bukunya الجرجرية في ترتيل القرآن menyatakan:

*Syarat bagi waqaf idditori adalah mengulang kembali bacaannya pada kalimah atau perkataan yg diwaqaf,*

أنه عند استئنافه القراءة يعيد الكلمة التي توقف عليها إن صلح الابتداء بها وإلا رجع الى ما قبلها مما يصلح الابتداء به.

Muhd Khalid Abd Aziz dlm bukunya الوسيط في علم التجويد  menyatakan:
أنه يقف على الكلمة التي اضطر الوقوف عليها ثم يبتدئ منها يصلها بما بعدها إن صلح البدء بها وإلا فيبتدئ بما يصلح البدء به

Kesimpulannya jika kita *terpaksa berhenti,* kita mesti mencari tempat ibtida' bacaan yg dibenarkan dan elok dari sudut maknanya, *bukan dengan mencuri nafas dan menyambung terus bacaan dengan ayat selepasnya.*

Recent Posts

Recent Updates

Recent Comments