Thursday 2 September 2010

Hajjah Faridah Bte. Mat Saman

Hajjah Faridah Bte. Mat Saman

Anak kelahiran Temerloh Pahang ini dilahirkan pada 29.10.1948.Bapa beliau bernama Mat Saman merupakan seorang imam di kampung.Manakala ibunya bernama Hajah Che Yam Bte. Che Had ,berasal dari Kampung Kubang Terap Pasir Mas Kelantan merupakan seorang qariah istana serta pernah menjadi johan tilawah al Quran peringkat negeri Kelantan.Ibunya telah meninggal dunia pada 2003 ketika berusia 95 tahun.Datuknya bernama Abd Rahman B. Che Man dan neneknya Zainab Bt Osman yang terkenal sebagai guru al Quran di kampungnya semenjak dari muda hingga ke akhir hayat.

Sejarah awal pendidikan beliau ialah di Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Mas yang kini dikenali sebagai SK Sultan Ibrahim 1.Beliau mendapat pendidikan al Quran bermula dari kecil lagi dan telah khatam al Quran pada seawal usia lima tahun lagi mennerusi bimbingan kedua ibubapanya.Semasa usia 12 tahun beliau telah menyambung pengajiannya di sebuah pondok di Thailand selama tiga tahun berguru kepada Ustaz Ghazali Mandaling yang berasal dari Indonisia berketurunan Mekah.Selepas itu beliau berguru dengan Hj Ahmad Ma’sum Pergau yang pernah menjadi johan qari sekitar tahun 1960.Gurunya yang terakhir ialah Hj Nik Jaafar B. Nik Ismail dan Hj Hassan Musa dari Pasir Mas.

Sumbangan beliau sepanjang menceburi bidang al Quran, beliau pernah menerima jemputan memperdengarkan bacaan al Quran dari Mufti Palestin tahun 1965 dan telah mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa.Beliau menyumbangkan tenaga dengan mengajar anak murid yang berusia 30 hingga 50 tahun yang mahu membetulkan bacaan al quran terutamanya sebutan dan tajwid.Disamping itu beliau menubuhkan kumpulan nasyid yang bernama ”Usratul Faridah” yang terkenal di Malaysia , Thailand dan Singapura.Beliau telah mencatat sejarah sebagai qariah yang paling banyak menjuarai tilawah peringkat antarabangsa sebanyak lapan kali iaitu pada tahun 1964,1965,1972,1976,1977,1989,1990 dan1991.

sumber

Recent Posts

Recent Updates

Recent Comments