Saturday 13 February 2010

Ciri bacaan al-quran yang terlarang

Salam sahabat dan sahabiah semua dari ana,Ana ada sedikit maklumat untuk di kongsi bersama kali ini...

Akibat daripada terdedah dengan berbagai bentuk irama dan alunan bentuk bacaan al-quran,maka pelbagai perkara yang timbul dalam corak yang timbul dalam pembacaan al-quran..

Dalam islam ada menetukan cara-cara bacaan yang ditegah.Disini sedikit ana ingin kongsikan beberapa perkara yang berkaitan.

1. Tatrib iaitu bacaan dengan merengek-rengek suara dan memenjangkan bukan pada tempatnya.
2. Tamtit iaitu bacaan dengan melebih-lebihkan harakat pada hukum.
3. Tarkis iaitu bacaan dengan melenggok-lengkokan nada suara sehingga melebihkan pada harakat huruf mad bertujuan menyesuaikan rentak.
4. Tahzin bacaan dengan nada yang amat sedih yang menjejaskan tajwid dan membawa sifat riyak.
5. Tarid iaitu bacaan yang menggetarkan suara keterlaluan seperti orang kesejukan atau ditimpa sakit.
6. Tahrif iaitu bacaan al-quran secara serentak dan berhenti secara serentak.
7. membaca bersama alat muzik.

Recent Posts

Recent Updates

Recent Comments