♪♪ تعلّم المقامات ♪♪


كل إنسان ينطق بلحن كالترتيل أو الترنم فله مقام معين يؤدي به فالمقامات المشهورة هي علم
يدرس طبقة الأصوات، وما يناسبها في فن الإنشاد. فلكل مقام صفات معينة، وله ما يناسبه من حال. فمقام "الصَبَا، مثلاً يناسب الأناشيد الهادئة؛ لأنه مقام يضرب على وتر الحزن والمشاعر، وبالتالي فإن أداء الأنشودة التي تحمل طابع الحنان والوداد يناسبها مثل هذا المقام، وهكذا.
وتعلّمه أمر جيد وخاصة لأصحاب الأصوات الجميلة، سواء أكانوا منشدين أو حتى قرّاءلكتاب الله.


ولقد ارتأيت أن تكون دراستنا لجملة المقامات الموسيقية من خلال المهمة منها والتي يرتكز عليها فن الانشاد مختصرة في العبارة التالية:
صُنْعُكَ بَسحَر




ص / صباء

ن / نهاواند

ع / عجم

ك / كورد

ب / بيات

س / سيكاء

ح / حجاز

ر / رست




مقام الصباء


==========
مقام الصبا و هو مقام يمتاز بالروحانية الجياشة و العاطفة والحنان و هو أفضل مقام صوتي يستطيع المقرئ أن يعبر من خلاله عن تفاعله مع الآيات عن طريق استخدام الجواب و القرار لذلك يحبذ للمقرئ أن يقرأ الآيات الروحانية و الآيات التي تتحدث عن أهوال يوم القيامة بهذا المقام .. و القارئ خالد القحطاني يقرأ بهذا المقام كثيرا في التلاوة المرتلة أما التلاوة المجودة فأكثر من يجيدونه هم الشيخ محمد رفعت و المنشاوي و البهتيمي ...

مقام النهاوند
==========
هذا المقام يمتاز بالعاطفة و الحنان و الرقة و يبدأ من أول السلم الموسيقي و يصل إلى أعلاه ثم ينزل بتدرج إلى أسفله و نهاوند مدينة إبرانية نسب إليها هذا المقام و هذا المقام هو أقوى مقام يبعث إلى الخشوع و التفكر و العفاسي و الشاطري هم أكثر القراء الذي يقرأون القرآن مرتلا على هذا المقام...
مقام العجم :
=========
هذا المقام مقام الصخب والرجولة وهو مقام الجيش وعسكر الجيش ويستخدم هذا المقام في الاستعراضات العسكرية للجيوش في جميع أنحاء العالم ويوحي هذا المقام أيضا بالحرية والنصر
يبدأ هذا المقام من درجة الدو وينتهي بها وتكون نغماته جميعها بيكار أي لا ترفع ولا تخفض نغمات هذا المقام وهناك أناشيد كثيرة على هذا المقام مثل أنشودة اسلمي يا قدس وأنشودة رفيقي محمد من شريط استشهاديون لفرقة الغرباء .
مقام الكورد :
==========
هذا المقام من أكثر المقامات الموسيقية استهلاكا حيث ان غالبية النشيد الإسلامي على هذا المقام ويبدأ هذا المقام من درجة الري وينتهي بها وتكون نغمة المي بيمول ونغمة السي بيمول ايضا وهو من أسهل المقامات الموسيقية عزفا وإنشادا
وهناك كثير من الأناشيد نستطيع الاستعانة بها للقياس مثل أنشودة فتنت روحي يا شهيد
للمنشد ايمن الحلاق وانشودة امزج دموعك من شريط يوم الشهاده لفرقة الغرباء .


مقام البيات
==========
هو مقام سهل ممتنع , هادئ كالبحر العميق , يمتاز بالخشوع و الرهبانية و به تبدأ القراءة و به تنهى ..و هو ذلك المقام الذي يجلب القلب و يجعله يتفكر في آيات الله البينات و معانيها.
مقام السيكا
==========
هو مقام يمتاز بالبطء و الترسل و يدخل في عمق القلب ليفتح آفاقه للنظر في أحكام الآيات القرآنية و الشيخين المنشاوي ( مرتل ) و خالد القحطاني هما أشهر من يقرأ القرآن بهذ المقام ..
مقام الحجاز
==========
مقام الحجاز و هو مقام من اصل عربي .. نسب إلى بلاد الحجاز العربية الاصيلة و هو من اكثر المقامات روحانية و خشوعا في القران و يستحب قراءة الآيات الحزينة به أو الآيات التي تتعلق بمشاهد يوم القيامة ..
مقام الرست
==========
الرست كلمة فارسية تعني الإستقامة .. لذلك هذا المقام يمتاز بالأبها و الفخامة و الإستقامة و إن معظم أئمة المدينة المنورة و الحرم الشريف أمثال الحذيفي و السديس و المحيسني كلهم يقرأون على مقام الرست .. و يفضل استخدام هذا المقام عند تلاوة الآيات ذت الطابعالقصصي أو التشريعي..و أما في التجويد فمعظم القراء يبدأون بالرست بعد البيات مباشرة و هو من أفضل المقامات و أجملها ..

http://alhan4tebah.blogspot.com/

Naib Johan Qari Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2014 Qari Mehmet Bilir (Turkey)

Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2014

Keputusan penuh Hafazan Peringkat Anatarabangsa 2014
Kategori Hafiz 30 Juzuk
  1. Mohd Ersyad bin Abdullah – 95.75% (Malaysia)
  2. Abdullah Mohammed Al Khairy – 94% ( Arab Saudi)
  3. Abdullah Hamad Salim Hamad Abu Sheraidah – 92% (Qatar)
Kategori Hafizah 30 Juzuk
  1. Nurhafizah bt Mohd Shafie – 95% (Malaysia)
  2. Soumaya Cheikh Ali – 85.75% (Tunisia)
  3. Ndombor Sene – 78.50% (Senegal)
Keputusan penuh Tilawah Al Quran Peringkat Anatarabangsa 2014
Kategori Qari
  1. Ahmad Tarmizi b. Haji Ali – 95.30% (Malaysia)
  2. Muhamed Bilir – 89.21% (Turkey)
  3. Ihsan Nuzula Zamri – 88.72% (Indonesia)
Kategori Qariah
  1. Hanimzah bt. Jalaluddin – 90.67% (Malaysia)
  2. Rahimah Pandiodangan – 88.75% (Filipina)
  3. Siti Huzaimah Vadey Haji Rosli – 85.92% (Brunei)
Hadiah- hadiah yang ditawarkan kepada peserta adalah seperti berikut:
Kategori Tilawah Al-Quran:
Johan Qari dan QariahJongkong Emas (Gold Bar) Sumbangan Yayasan Pembangunan
Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Piala Iringan & Wang Tunai
RM 40, 000.00
Naib Johan Qari dan QariahWang Tunai RM 30, 000.00
Tempat Ketiga Qari dan QariahWang Tunai RM 20, 000.00
Tempat Keempat Qari dan QariahWang Tunai RM 15, 000.00
Tempat Kelima Qari dan QariahWang Tunai RM 10, 000.00
Hadiah SaguhatiWang Tunai RM 3,000.00
  • Selain itu, setiap peserta akan menerima cenderamata dan sijil penyertaan.
Kategori Menghafaz Al-Quran:
Johan Qari dan QariahWang Tunai RM20, 000.00 berserta tambahan RM10,000.00
Sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
Naib Johan Qari dan QariahWang Tunai RM 15, 000.00
Tempat Ketiga Qari dan QariahWang Tunai RM 10, 000.00
Hadiah SaguhatiWang Tunai RM 3,000.00
  • Tahniah kepada semua peserta Malaysia yang memenangi setiap kategori yang dipertandingkan.
Link berkaitan:

JOHAN MTQ KEBANGSAAN JAKIM 2014 (tarmizi Hj Ali)

MTQ 2014 - KUANTAN PAHANG


Majlis Tilawah Al-Quran 2014 peringkat kebangsaan diadakan di Kuantan, Pahang 13-17 mei. Disertai seramai 30 peserta termasuk johan menunggu qari dan qariah. Perak menghantar 2 wakil qari dan Pahang 2 wakil qariah. Hadiah juga semakin lumayan... Johan ; kereta proton, wang tunai tiga puluh ribu ringgit, trofi, sijil. Kedua ; wang tunai dua puluh ribu ringgit dan sijil. Ketiga; wang tunai sepuluh ribu ringgit dan sijil. Saguhati ; lima ribu ringgit. Yang penting dapat package haji.

The Result.

QARI

JOHAN ; Ahmad Tarmizi Ali / 91.67% (Terengganu)
KEDUA ; Amirrahman Abbas / 90.33% (NS)
KETIGA ; Wan Fakhrulkazi Wan Muhammad / 87% (WP)

QARIAH

JOHAN ; Hanimzah Jalaluddin / 88.67% (Pahang) - johan menunggu
KEDUA ; Nurfaizah Panut / 85.68% (Selangor)
KETIGA ; Nuradzrah Ayub / 85.67% (Johor)

Saingan sangat hebat terutamanya dari kategori qari. Ada daripada mereka yang sinonim dengan program akademi al-Quran. 

Ahmad Tirmizi, Hanimsah johan Tilawah Al-Quran Kebangsaan

BERNAMA | .
KUANTAN: Qari Terengganu Ahmad Tirmizi Ali dan qariah Pahang Hanimzah Jalaluddin dinobat johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-57 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini malam ini.
  
Masing-Masing menerima sebuah kereta Proton Preve 1.6 CVT Executive sumbangan Tabung Haji, wang tunai RM30,000, piala pusingan dan iringan, sijil penyertaan serta pakej ibadat haji.
  
Ahmad Tirmizi, 29, yang memperdengarkan bacaan surah al-Imran bermula ayat 177 memperoleh markah 91.67 peratus manakala Hanimzah, 32, (ayat 23 surah al-Israq) pula meraih 88.67 peratus.
  
Mereka akan mewakili negara dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur bermula 16 hingga 21 Jun ini.
  
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.
  
Sementara itu, qari Negeri Sembilan Amirahman Abas, 32, yang mendapat markah 90.33 peratus muncul naib johan diikuti qari Wilayah Persekutuan Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad, 40, di tempat ketiga dengan 87 peratus.
  
Bagi kategori qariah, peserta Selangor, Nor Faizah Panut, 25, muncul naib johan selepas memperoleh markah 85.68 peratus manakala qariah Johor Nor Azrah Ayub, 38, di tempat ketiga dengan 85.67 peratus.
  
Naib johan serta tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM20,000 dan RM10,000, piala iringan, cenderamata serta sijil penyertaan.
  
Johan keseluruhan majlis tilawah tahun ini diraih Terengganu yang mendapat markah 85.17 peratus.
  
Tilawah kali ini, yang bertema 'Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah' menyaksikan 30 peserta dari 14 negeri mengambil bahagian termasuk dua johan pada edisi sebelumnya. - Bernama

Keputusan Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Perak 2014

Keputusan Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Perak 2014

Qari
1.Haji Muhammad Kamaruzaman Daud 82.5%
2.Arif Razali 79.8%
3.Syukri Razali 79.2%
4.Ramadhon Razali 72.5%

Qariah
1.Puteri Kalimatul Azwa Hamid 77.5%
2.Munirah Razali 76.2%
3.Hajjah Arbayah 73.7%
4.Siti Salwa Razali 66.8%

Tahniah Kepada Johan Qari&Qariah Semoga Berjaya Membaca Dengan Baik Di Peringkat Kebangsaan..

Qari Youssef Edghouch

Qari ini pada Awal bulan feb 2014 telah menghubungi ana melalui whatsap.antara ayatnya: How can i join the competition for this year.I live in usa anda also i want to ask about the rules for the compitetion....ada sesiapa boleh bantu?hubungi ana.

Pensyarah, doktor gigi juara hafazan peringkat Kelantan

KOTA BHARU 12 Feb. - Pensyarah dan doktor gigi mewakili Kelantan ke Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung di Shah Alam, Selangor pada Mac ini.
Pemilihan Muhammad Syafee Salihin Hasan, 25, Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Nur Munirah Mohd. Nor, 25, bertugas di sebuah hospital di Tawau, Sabah setelah mereka muncul johan pertandingan peringkat negeri bagi tahap 1 hingga 30 juzuk al-Quran dengan membawa pulang wang tunai RM6,000 serta sijil dan hadiah iringan.
Muhammad Syafee Salihin dan Nur Munirah masing-masing mendapat markah sebanyak 99.42 peratus dan 90.73 peratus.
Naib johan kategori lelaki yang memenangi wang tunai RM4,000 pula disandang Mohamad Ihsan Mohd. Din, 24, (90.73 peratus) manakala tempat ketiga, Nu'man Zaki Mohd. Zaki, 20, (88.12 peratus), menerima RM2,000.
Bagaimanapun tiada pemenang yang layak untuk kedua-dua kedudukan itu bagi kategori wanita.
Muhammad Syafee yang berasal dari Kampung Kedai Pauh Lima di sini berkata, persiapan intensif selama sebulan sebelum menyertai majlis hafazan itu termasuk mengulang bacaan sehingga enam juzuk al-Quran setiap hari membuahkan hasil.
"Saya berharap dapat meneruskan kecemerlangan para hafiz negeri ini di majlis hafazan peringkat kebangsaan memandangkan Kelantan sudah tersohor melahirkan barisan hafiz dan hafizah muda yang baik.
"Sebelum ini saya pada 2011, saya pernah muncul naib johan tahap 1-20 juzuk di peringkat kebangsaan dan kali ini strategi saya adalah menumpukan perhatian kepada ayat-ayat kerap 'tersangkut' dengan menyediakan sebuah buku catatan khusus bagi mengatasinya,'' katanya ketika ditemui pada majlis itu di sini semalam.
Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dan Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad.
Sementara itu, ibu kepada Nur Munirah iaitu Wan Khatijah Wan Adam, 60, yang mewakili anaknya disebabkan Nur Munirah perlu bergegas pulang ke Tawau, bersyukur kerana perjuangan anaknya memartabatkan al-Quran dipermudahkan biarpun sibuk dengan kerjaya yang memerlukan komitmen tinggi.
Selain Nur Munirah yang merupakan anak kelima daripada lapan beradik, Wan Khatijah yang merupakan pesara guru dari Tumpat berkata, tiga lagi anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan turut menghafal 30 juzuk al-Quran.
"Saya mendidik anak-anak mencintai dan menghafaz al-Quran sejak mereka kecil dan memupuk minat dengan cara memasang kaset alunan bacaan qari-qari ternama," katanya.
Seramai 100 peserta lelaki dan wanita menyertai majlis hafazan bermula Selasa lalu yang dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap 1-10 juzuk dan tarannum; tahap 1-20 juzuk dan tahap 1-30 juzuk dan tafsir.
Pemenang tahap 1-10 juzuk bagi kategori lelaki dimenangi oleh Muhammad Zulhilmi Ab. Rahman, 15, dengan markah 99.07 peratus, kedua Muhammad Dehya Emir Mohammad Arif Emir, 22 (98.83 peratus) dan ketiga Muhammad Amirul Wafiq Mazlan, 18 (98.41 peratus).
Johan kategori wanita pula, tempat pertama dimenangi Putri Aminah Mohd. Hanif, 12 (98.37 peratus); kedua, Wan Nurul Husna Wan Shukri, 15 (96.76 peratus) dan tempat ketiga, Sakinah Shahnom, 15 (83.51 peratus).
Dalam pada itu, bagi tahap 1-20 juzuk pula johan kategori lelaki disandang Abdullah Ulwan Ismail, 17, (99.16 peratus); kedua, Muhammad Waqiyuddin Azmi, 17, (95 peratus) dan ketiga, Muhammad Sobri Mohd. Shahidilfitar, 21, (94.38 peratus).
Sementara bagi kategori wanita, hanya johan dan pemenang tempat ketiga diumumkan iaitu Wardah Syamimah Silmi, 16, (93 peratus) dan Farhana Fauzi, 18, (70.78 peratus).
Setiap johan bagi tahap 1-10 juzuk memenangi wang tunai RM2,500, tempat kedua, RM2,000 dan ketiga RM1,000 manakala bagi tahap 1-20 juzuk pula, johan menerima wang tunai RM3,000; kedua, RM2,500 dan ketiga, RM1,500 selain hadiah iringan serta sijil penyertaan.


Artikel Penuh:

http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20140213/wt_02/Pensyarah-doktor-gigi-juara-hafazan-peringkat-Kelantan


Juara Pencetus Ummah Pertama (Hafiz

KUALA LUMPUR: Juara Mimbar Pencetus Ummah musim pertama menjadi milik Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, 32, ataju lebih dikenali sebagai PU Hafiz apabila menewaskan tiga peserta lain, malam tadi. Gelaran juara itu melayakkan PU Hafiz menerima hadiah wang tunai RM50,000, sebuah Yoyota Prius C, pakej umrah untuk dua orang dan percutian halal ke China. Tempat kedua menjadi milik Shahrul Hameed MPH Seeni Md, 38, diikuti Mohd Zinudin Mohamed Zaini, 32, dan Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 20. PU Shahrul pula meraih wang tunai berjumlah RM30,000 manakala PU Zinudin dan PU Rahmat, masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000. Program disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Selangor itu di saluran Astro Oasis dan tayangan serentak di saluran Maya HD, bermula 9 malam. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/10 http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hafizjuaramusimpertama/Article