Thursday 22 May 2014

JOHAN MTQ KEBANGSAAN JAKIM 2014 (tarmizi Hj Ali)

MTQ 2014 - KUANTAN PAHANG


Majlis Tilawah Al-Quran 2014 peringkat kebangsaan diadakan di Kuantan, Pahang 13-17 mei. Disertai seramai 30 peserta termasuk johan menunggu qari dan qariah. Perak menghantar 2 wakil qari dan Pahang 2 wakil qariah. Hadiah juga semakin lumayan... Johan ; kereta proton, wang tunai tiga puluh ribu ringgit, trofi, sijil. Kedua ; wang tunai dua puluh ribu ringgit dan sijil. Ketiga; wang tunai sepuluh ribu ringgit dan sijil. Saguhati ; lima ribu ringgit. Yang penting dapat package haji.

The Result.

QARI

JOHAN ; Ahmad Tarmizi Ali / 91.67% (Terengganu)
KEDUA ; Amirrahman Abbas / 90.33% (NS)
KETIGA ; Wan Fakhrulkazi Wan Muhammad / 87% (WP)

QARIAH

JOHAN ; Hanimzah Jalaluddin / 88.67% (Pahang) - johan menunggu
KEDUA ; Nurfaizah Panut / 85.68% (Selangor)
KETIGA ; Nuradzrah Ayub / 85.67% (Johor)

Saingan sangat hebat terutamanya dari kategori qari. Ada daripada mereka yang sinonim dengan program akademi al-Quran. 

Ahmad Tirmizi, Hanimsah johan Tilawah Al-Quran Kebangsaan

BERNAMA | .
KUANTAN: Qari Terengganu Ahmad Tirmizi Ali dan qariah Pahang Hanimzah Jalaluddin dinobat johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-57 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini malam ini.
  
Masing-Masing menerima sebuah kereta Proton Preve 1.6 CVT Executive sumbangan Tabung Haji, wang tunai RM30,000, piala pusingan dan iringan, sijil penyertaan serta pakej ibadat haji.
  
Ahmad Tirmizi, 29, yang memperdengarkan bacaan surah al-Imran bermula ayat 177 memperoleh markah 91.67 peratus manakala Hanimzah, 32, (ayat 23 surah al-Israq) pula meraih 88.67 peratus.
  
Mereka akan mewakili negara dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur bermula 16 hingga 21 Jun ini.
  
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.
  
Sementara itu, qari Negeri Sembilan Amirahman Abas, 32, yang mendapat markah 90.33 peratus muncul naib johan diikuti qari Wilayah Persekutuan Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad, 40, di tempat ketiga dengan 87 peratus.
  
Bagi kategori qariah, peserta Selangor, Nor Faizah Panut, 25, muncul naib johan selepas memperoleh markah 85.68 peratus manakala qariah Johor Nor Azrah Ayub, 38, di tempat ketiga dengan 85.67 peratus.
  
Naib johan serta tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM20,000 dan RM10,000, piala iringan, cenderamata serta sijil penyertaan.
  
Johan keseluruhan majlis tilawah tahun ini diraih Terengganu yang mendapat markah 85.17 peratus.
  
Tilawah kali ini, yang bertema 'Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah' menyaksikan 30 peserta dari 14 negeri mengambil bahagian termasuk dua johan pada edisi sebelumnya. - Bernama

Recent Posts

Recent Updates

Recent Comments