Wednesday 24 January 2018

istilah tahfiz digunakan oleh pihak Astro secara tidak betul

Betulkan Penggunaan Istilah Tahfiz

Sudah lama istilah tahfiz digunakan oleh pihak Astro secara tidak betul, iaitu meletakkan istilah tahfiz sebelum nama peserta dalam rancangan Tahfiz Muda.

1. Istilah Tahfiz (تحفيظ) iaitu asal perkataan (حفظ) dibaca dengan wazan (تفعيل), bermaksud  menghafal, dan secara khususnya merujuk kpd aktiviti atau proses berterusan menghafal al-Quran. Dalam Kamus Dewan pun tahfiz diertikan dengan makna tersebut.

2. Orang yg menghafal al-Quran disebut Hafiz (حافظ) al-Quran. Kata jamaknya Huffaz (حفاظ). Org yg menghafal keseluruhan al-Quran diberikan penghormatan dengan diletakkan di belakang namanya al-Hafiz.

3. Menggunakan istilah tahfiz kepada org yg mengahafaz al-Quran adalah satu kesilapan yg disebut dlm bahasa Arab sebagai "خطأ فاحش" atau kesalahan buruk/ "bodoh" atau sangat tidak dapat diterima.

4. Tahfiz Muda Ali sbg cth akan membawa maksud "Menghafal al-Quran (yang) Muda Ali." Sedangkan yg mahu diungkapkan ialah orang yg menghafalnya yg muda atau Penghafal al-Quran Muda. Jadi istilah yg tepatnya ialah Hafiz Muda Ali.

5. Jika setakat nama program itu Tahfiz Muda okeylah, masih boleh diterima walaupun tidak begitu tepat. Yang lebih tepatnya ialah Huffaz Muda.

6. Jika tersalah guna dlm percakapan biasa tak mengapa. Tapi ini digunakan sebagai satu program TV yg agak grand, oleh stesen yg berpengaruh, ditonton oleh puluhan ribu manusia, maka ia agak memalukan. Jangan sampai kita diketawakan kerana kesilapan sebegini.

7. Saya tidak pasti sama ada Astro ada pegawai agama yg menyelia rancangan keagamaan atau tidak. Jika ada, sepatutnya penerbit merujuk terlebih dulu kpdnya bagi memastikan setiap istilah agama atau Arab yg mahu digunakan itu tepat atau tidak. Jangan pakai ikut dan saja. Jika tiada, ia agak pelik kerana Astro ada banyak rancangan agama, malah ada saluran khas Oasis yg berunsur Islamik. Baru-baru ini pun mereka lancarkan radio Zayan yg  agak "Islamik." Tentang radio Zayan ni nanti saya komen lain.

8. Sesuatu yg melibatkan agama atau penggunaan istilah agama dalam bahasa  Arab perlu dirujuk kepada pakarnya, tak boleh halai balai dan cincai. Salah baca baris pun boleh bertukar makna.

Betulkan yang biasa, biasakan yg betul.

DSM
24.1.2018

Recent Posts

Recent Updates

Recent Comments