Saturday 8 April 2017

10 FAKTA MENARIK MAJLIS TILAWAH ALQURAN DAN HAFAZAN PERINGKAT KEBANGSAAN 1438H/2017M

10 FAKTA MENARIK MAJLIS TILAWAH ALQURAN DAN HAFAZAN PERINGKAT KEBANGSAAN 1438H/2017M

1. Peserta Tilawah termuda ialah Sdr. Muhammad Qayyim Nizar Sarimi (Kelantan) yang berusia 18 Tahun.

2. Peserta Hafazan termuda ialah Adik Putra Abu Bakar Ahmad Hanif (Kelantan) berusia 13 Tahun kategori Juzuk 1-10.

3. Puan Sobariyah Abdul Hamid (Kedah) berusia 58 Tahun adalah peserta tilawah paling berpengalaman.

4. Pertama kali 2 orang peserta OKU iaitu Sdr. Muhammad Fiqry Muhammad Fahmi (Sabah) dan Muhammad Qayyim Nizar Sarimi (Kelantan) yang menyertai Majlis Tilawah dan menggunakan Quran Braille terbitan Jakim.

5. Jumlah peserta Tilawah seramai 28 orang (14 Qari dan 14 Qariah) manakala jumlah peserta hafazan seramai 78 orang (42 Hafiz dan 36 Hafizah).

6. Pertama kali Jakim menyiarkan Siaran Langsung Majlis Tilawah melalui Live FB Jakim dan jumlah penonton tertinggi pada malam ke-3 sebanyak 32.7 k penonton.

7.. Pertama kali Majlis Tilawah dan Hafazan digabungkan penganjurannya sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1960.

8. Astaka direka bercirikan Melaka Bandar Teknologi Hijau, Tiang Seri Masjid Melaka sejak tahun 1728 dan tangga Melaka bercirikan kesenian Tamadun Cina Kerajaan Dinasti Ching.

9. Jumlah penonton yang hadir ke Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh seramai 5k orang setiap malam.

10. Seramai 71 orang krew media TV dan Radio daripada Media Jakim, RTM dan TV Alhijrah yang terlibat sepanjang siaran langsung dan rakaman.

Jom saksikan Majlis Penutupan dan Pengumuman Pemenang pada malam ini siaran langsung jam 8.30pm di TV1, TV Jakim, myklik.rtm.gov.my, live FB Jakim dan Radio Nasional.fm

Recent Posts

Recent Updates

Recent Comments