Thursday 29 December 2016

Kenali Wahabi?

*KENALI WAHABI*

Catitan ilmu supaya kita lebh faham erti terminologi yg diguna:-

* Imam Hanafi: Lahir 80 Hijrah

* Imam Maliki: Lahir 93 Hijrah

* Imam Syafi'e: Lahir 150 Hijrah

* Imam Hanbali: Lahir 164 Hijrah

* Imam Asy'ari: Lahir 240 Hijrah

Mereka ini semua ulama Salafus Soleh @ dikenali dgn nama ulama SALAF...

*Apa itu SALAF?*

Salaf ialah nama suatu "zaman" yg merujuk kpd golongan ulama yg hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad SAW sehingga ke tahun 300 HIJRAH.

1) Golongan generasi pertama dari 300 tahun Hijrah itu disebut *Sahabat Nabi* kerana mereka pernah bertemu Nabi SAW.

2) Golongan generasi kedua pula disebut *Tabi'in* iaitu golongan yg pernah bertemu Sahabat Nabi tetapi tidak pernah bertemu Nabi SAW.

3) Golongan generasi ketiga disebut sebagai *Tabi' tabi'in* iaitu golongan yg tidak pernah bertemu Nabi SAW dan Sahabat RA tetapi pernah bertemu dgn Tabi'in.

Jadi Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) merupakan murid Sahabat Nabi maka beliau seorg TABI'IN.

* Imam Malik,
* Imam Syafie,
* Imam Hanbali,
* Imam Asy'ari,
pula berguru dgn Tabi'in maka mereka adalah golongan TABI' TABI'IN.

Jadi kesemua Imam2 yg mulia ini merupakan golongan SALAF YANG SEBENAR dan pengikut mazhab merekalah yg paling layak digelar sebagai *SALAFI* kerana "salafi" bermaksud *pengikut golongan SALAF*

Jadi beruntunglah kita di Malaysia (nusantara) yg masih berpegang kpd mazhab Syafie yg merupakan *mazhab SALAF yg SEBENAR dan tidak lari dari kefahaman NABI SAW dan SAHABAT RA.

Rujukan Wahabi pula:-

* Ibnu Taimiyyah: Lahir 661 Hijrah *(lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)*

* Nasiruddin Albani: Lahir 1333 Hijrah. Mati tahun 1420 Hijrah @ 1999 Masihi. *(lahir 1033 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)*

* Muhammad Abd Wahab (pengasas gerakan Wahabi): Lahir 1115 Hijrah *(lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)*

* Bin/Ibnu Baz: Lahir 1330 Hijrah. Mati tahun 1420 Hijrah @ 1999 Masihi,
sama dgn Albani. *(lahir 1030 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)*

* Soleh Ustaimin: Lahir 1928 Masihi. Mati tahun 2001, *(lebih kurang 15 tahun lepas dia mati, lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman SALAF)*

_Mereka ini semua hidup di AKHIR ZAMAN kecuali Ibnu Taimiyyah yg hidup di pertengahan zaman antara zaman salaf dan zaman dajjal (akhir zaman)... tidak ada seorg pun Imam2 rujukan mereka yg mereka *taksub gila* hidup di zaman SALAF...._

_Mereka ini semua *TERAMATLAH JAUH DARI ZAMAN SALAF* tetapi *SANGAT2LAH ANEH* apabila puak2 Wahabi ini menggelarkan diri mereka sebagai *SALAFI* (pengikut golongan Salaf). Sedangkan rujukan mereka semuanya merupakan *manusia2 yg hidup di AKHIR ZAMAN*_

*SIAPA WAHABI?*

_Wahabi bukan kerana mereka tidak membaca Qunut Subuh,kerana 3 Mazhab lain pun tidak membaca Qunut Subuh,itu khilaf Mazhab._

_Bukan juga kerana tidak buat kenduri arwah kerana ada Qaul dlm Mazhab Syafi'e yg tidak menggalakkannya._

_Bukan juga kerana itu & ini tetapi Wahabi adalah satu cara berfikir yg salah yg membentuk satu gerakan ekstrem yg boleh memecahbelahkan masyarakat. Kemuncak ekstrem dan radikal Wahabisme sehingga boleh membawa pertumpahan darah seperti IS, ISIL, ISIS, al-Qaeda, Taliban..._

_Semua gerakan ekstremis ini adalah hasil dari didikan Wahabi._

Di Archipelago Nusantara, hanya negara Brunei serta beberapa buah negeri di Malaysia yg masih merupakan kubu terkuat Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Paparan media massa telah menunjukkan majoriti bilangan para militan berada di negara jiran seperti Indonesia dan Filipina dimana Dakyah Wahabi diterima dan diamal sebahagian besar oleh penduduknya.

Dakyah Wahabi berjaya menarik ramai pengikut kerana slogan menarik mereka yg kononnya menyeru supaya *jangan taqlid, jangan mengikut membuta tuli,* menyeru kononnya supaya *kembali kpd al-Quran & al-Sunnah*

1) _Wahabi sebenarnya adalah gerakan *MEMBIDAAHKAN* amalan org lain yg tidak sehaluan dgn mereka dan merasakan hanya amalan mereka shj yg betul. Hanya mereka shj kononnya mengikut *Sunnah Rasulullah SAW*. Mereka kelompok manusia yg tidak boleh berbeza pandangan, tidak menghormati ikhtilaf @ khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ulamak)._

2) _Wahabi menolak bahawa Bid'aah ada dlm 2 bentuk:-_
_(i) Baik (Hasanah) &_
_(ii) Sesat (Dolalah)._
_Bagi Wahabi semua Bid'aah adalah sesat dan masuk Neraka. Oleh itu setiap Bid'aah adalah mungkar dan bagi mereka wajib ditentang. Lalu Wahabi membesarkan perbezaan pendapat dan membikin kecoh seluruh dunia tanpa boleh berlapang dada. Pra-syarat menjadi Wahabi ialah kena memperbanyak menuturkan *Bid'aah* terhadap amalan org lain dan menjadikan ianya *wirid* harian._

3) _Wahabi *MELARANG BERAMAL* apabila tiada nas khusus utk amalan tersebut walaupun di sana ada perintah umum drpd al-Quran dan al-Sunnah. Bagi Wahabi setiap ibadat kena ada nas dan dalil, walhal perintah yg bersifat umum sudah ada, namun mereka menolaknya. Wahabi marah membaca Surah Yassin mlm Jumaat kerana tiada nas. Bukankah perintah memperbykkan membaca al-Quran sudah cukup byk dan memadai? Adakah nas melarangnya pula? *Tidak. Tiada Larangan.*_

4) _Wahabi adalah gerakan *MENSYIRIKKAN* org lain. Tawassul bg mereka syirik kecuali tawassul dgn amalan soleh dan dgn Asmaul Husna sahaja. Walhal para Sahabat dan Salafus Soleh bertawassul dgn pelbagai bentuk lain._

5) _Wahabi gerakan *MENTAJSIMKAN* Allah SWT yakni mensifatkan Allah SWT itu:-_
# _*bertangan*_
# _*duduk atas Arasy*_
# _*ketawa*_
# _*Allah di atas langit*_
_Wahabi menolak takwil yg dibawa oleh manhaj Ashairah dan Maturidiyyah, sdgkan manhaj Ashairah dan Maturidiyyah itu lebih selamat dari mensifatkan Allah SWT dgn sifat-sifat makhluk._

6) _Wahabi juga gerakan *MENTADHA'IFKAN hadith dan MEMARDUDKAN hadith dhaif* menolak penggunaan hadith2 dhaif dan membakulsampahkan semua hadith2 dhaif. Sedangkan sejak lebih seribu tahun para ulama hadith membenarkan penggunaan hadith dhaif dlm hal fadhailul amal dan targhib wa tarhib. Kiblat rujukan hadith Wahabi ialah Sheikh Nasruddin Al-Albani. Mereka tidak sedar mereka bertaqlid dan
mengikut membuta tuli apa sahaja takhrij hadith oleh Al-Albani. Ulama rujukan Wahabi pula ialah sekalian *kibarul ulama Saudi* hari ini,manakala kitab2 rujukan Wahabi ialah kitab karangan Muhammad Abdul Wahab. Mereka membutakan mata dan memekakkan telinga apabila didtgkan hujah drpd para ulamak lain yg muktabar yang tidak sealiran dgn mereka._

7) _Wahabi gerakan *MEMBURUKKAN* ahli Sufi dan Tasawuf. Mereka secara terpilih memetik yg mana sesuai dgn fikrah mereka. Kitab2 Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Al-Dhahabi, Al-Syawkani khususnya, menjadi rujukan di dlm bab memburuk dan mencemuh para Sufi, kerana Wahabi adalah gerakan anti-Sufi. Walhal Ibnu Taimiyyah sendiri adalah pengikut tarekat Qadiriyyah. Wahabi Malaysia mengatakan tasawuf lebih kotor drpd air longkang, sedangkan Sufi ada yg baik dan ada yg sesat, sepertimana umat Islam yg lain juga amnya, ada yg Soleh, ada Munafik dan ada yg berdosa. Sufi juga tidak maksum. Bahkan Imam Ghazali sendiri turut mengkritik *Sufi palsu* walaupun beliau sendiri seorg ahli Sufi._

8) _Wahabi *MENOLAK IMAM AL-GHAZALI RA* dan jarang dengar mereka mengutip kalam Imam Al-Ghazali RA. Bagi mereka Imam Al-Ghazali RA Hujjatul Islam itu jahil hadith._

Itulah Wahabi, dan jgn terkeliru dgn suara2 membela Wahabi walaupun mereka malu mengaku diri mereka Wahabi. Ada ketikanya mereka cuba menyembunyikan punca kenapa mereka digelar Wahabi, kononnya Wahabi itu *hantu, momok dan tidak wujud.* Kenal dulu ciri2 Wahabi maka tahulah anda siapa pendokong mereka. Kalau yg melenting apabila Negeri Sembilan mengharamkan Wahabi, hampir pasti 99.9% mereka pendokong tegar Wahabi
(yg malu mengaku). Hati2 dgn mereka ini walaupun petah berbicara dan mulut penuh dgn ayat2 al-Quran dan al-Hadith.

Ada Wahabi Malaysia yg sgt terkenal dan bicara memukau sehingga ramai org awam tertipu.

Dgn pengharaman Wahabi di *Negeri Sembilan, Perak, Pahang & Kedah,* moga2 makin ramai yg sedar dan makin jelas siapa pendokong Wahabi sebenar yg bertopeng dan begitu licik selama ini.

Jgn terkejut jika ada ustaz2 yg anda kagumi selama ini sebenarnya/mungkin pendokong Wahabi.

Recent Posts

Recent Updates

Recent Comments