SHEIKH ABDUL BASIT ABDUL SAMAD

Peminat2 SENI LAGU AL QURAN sepatutnya tahu tentang QARI MESIR ini!
Qari Mesir memang handal dan hebat!
Terlampau ramai Qari2 Mesir yang baik2 dan berkebolehan didalam membaca al Quran secara ber Lagu. Diantara yang agak mashur di dalam DUNIA TARANUM AL QURAN ialah QARI MESIR SHEIKH ABDUL BASIT ABDUL SAMAD!

Errrmmm Hari ni hamba mau sentuh berkaitan QARI MESIR SHEIKH ABDUL BASIT ABDUL SAMAD.

Beliau mempunyai nada suara yang agak tinggi lagi nyaring.
Qari Mesir ini amat suka membawa LAGU SOBA didalam pembacaan al Quran yang dilagukannya. Hamba amat tertarik tentang kebolehan beliau memainkan burdah2 yang amat menyengat terutamanya ketika mewakafkan bacaan di hukum mad arid li sukun. Apa ke tidak?.... Ketika itulah beliau menekankan dan memainkan burdah di.... mahattahnya!... Mashaallah...!!!... Cukup POWER dan Bersemangat!

Sheikh Abdul Basit Abdul Samad... TIDAK MEMBACA secara aturan Majlis Ujian Tilawah Al Quran sebagaimana yang kita biasa dengar di daerah Singapura, Malaysia atau Indonesia. Sebab itu... bacaan berlagu al Quran yang dibacakan oleh beliau begitu menarik!
Itulah keistimewaan kebanyakkan Qari2 Mesir yang telah hamba dengar bacaan mereka.

Apatah lagi bacaan al Quran ber lagu yang dibacakan oleh beliau itu dirakamkan secara 'LIVE'...... mashaallah.... amat hebat sekali! Begitu memberi semangat dan mengkagumkan!

Sheikh Abdul Basit Abdul Samad telah pun meninggal dunia.
Semoga Tuhan mencucurkan rahmat keatas ruh beliau. Amin......

Hamba harap...kawan2 peminat LAGU AL QURAN cuba2lah mendapatkan kaset2 atau CD bacaan beliau dipasaran.... maksud hamba ialah bacaan al Quran berlagu..
Kawan2 bolehlah pergi ke lelaman koleksi link-link untuk mendengar sendiri sedikit contoh bacaan al Quran ber Lagu dari Qari2 Mesir yang hebat2 itu....