Thursday 2 September 2010

Datok Hj Hassan bin Azhari

Yang Berbahagia Datok Haji Hassan bin Azhari
Datok Hj Hassan bin Azhari dilahirkan pada 18 ogos 1928 di Shuaib Amir Mekah.Beliau dilahirkan dalam keluarga berilmu dan beragama.Ayahnya Azahari B. Hj. Abd Khalid adalah seorang ilmuan yang lama tinggal di Mekah dan mempunyai kesempatan masa yang banyak untuk mendalami ilmu agama dalam pelbagai bidang.Ibunya Hj. Fatimah bt Abd Hakim dari campuran keturunan arab dan Minangkabau .

Pada tahun 1939,Beliau terpaksa meningggalkan Mekah dan berpindah ke Negeri Selangor mengikuti ayahnya yang berkhidmat sebagai guru.Ketika berada di Malaysia,beliau dimasukkan ke Sekolah Marta al ’Ulum al Diniyyah,kemudian ke Sekolah Arab Al Hayat Al Mardhiyyah sekolah arab ke dua di Kampung Jawa Selangor. Beliau menyambung pelajarannya ke Sekolah al Junaid di Singapura. Kemudian ke Sekolah Hishamuddin Selangor. Beliau pernah belajar di Sekolah Melayu Kuala Langat dan Jublee School Klang.

Penglibatan beliau dalam bidang Al Quran amat luas dan beliau mengembangkan kepada masyarakat umum terutamanya dalam bidang tajwid dan makhraj, jenis-jenis qiraat dan tarannum.Beliau meninggalkan asas pendidikan al Quran untuk kanak-kanak melalui pendekatan muqaddam yang diwarisi dengan memperkenalkan kaedahnya sendiri untuk pembacaan asas al Quran bagi kanak-kanak dengan memperkenalkan huruf diikuti dengan perkataan al Quran dan seterusnya diikuti dengan bacaan pula.Kaedah ini diperkenalkan melalui program televisyen dan radio bagi membina kemampuan kanak-kanak membaca al Quran dan juga orang dewasa.

Beliau telah menulis sebuah risalah bertajuk” Muqaddimah Ilmu tajwid” bagi meningkatkan mutu bacaan di kalangan masyarakat Malaysia pada tahun 2001.Pada tahun 2003,beliau telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk ”Penghayatan Tajwid Al Quran Dan Amalannya Dalam Masyarakat Hari Ini” di Metrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.Beliau juga dijemput keluar negara untuk memberi kursus dalam bidang tajwid di Singapura yang dianjurkan oleh badan masyarakat beberapa kali pada tahun 2000.Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penghakiman tajwid peringkat kebangsaan dan antarabangsa selama 50 tahun.

sumber

Recent Posts

Recent Updates

Recent Comments