Wednesday 3 March 2010

23 qari, qariah dapat imbuhan


Oleh ZULKIFLI JALIL dan SITI MAISARAH SHEIKH ABD. RAHIM
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak menyampaikan imbuhan khas kepada Noor Din Idris, salah seorang bekas juara qari dalam satu majlis di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 3 Mac - Seramai 23 qari dan qariah yang pernah menjadi johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa hari ini menerima imbuhan khas tetap sepanjang hayat RM2,000 setiap bulan berkuat kuasa Oktober lepas.

Kesemua mereka menerima insentif itu daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada satu majlis di Bangunan Perdana Putra di sini.

Berucap pada majlis penyampaian imbuhan itu, Perdana Menteri berkata, ia jelas menunjukkan keprihatinan dan komitmen tinggi kerajaan dalam mengiktiraf dan menghargai sumbangan penggiat dan pendidik al-Quran.

Menurutnya, pengiktirafan menerusi imbuhan khas itu sekali gus menggalakkan masyarakat Islam membudayakan al-Quran dengan berusaha membaca, mempelajari dan seterusnya mengaplikasikan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.

''Rakyat telah memberikan maklum balas yang amat positif terhadap pengumuman saya tidak sampai tempoh sebulan lalu mengenai imbuhan khas ini.

''Saya juga difahamkan ada negeri yang mahu mengkaji semula untuk membenarkan qariah mereka menyertai pertandingan Majlis Tilawah al-Quran ini sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

''Membaca dan menghafaz al-Quran adalah sesuatu yang afdal kerana setiap kalimah yang dibaca akan diberi pahala oleh Allah," kata Perdana Menteri.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Perdana Menteri berkata, kemampuan kerajaan secara konsisten menganjurkan tilawah al-Quran telah memberi impak besar dan berkesan kerana para qari dan qariah Malaysia telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Ia, kata beliau, sekali gus melonjakkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang dihormati dan disegani di seluruh dunia.

''Yakinlah, hanya penglibatan yang ikhlas, bersungguh-sungguh dan komitmen yang tinggi daripada para qari dan qariah ini dapat merintis kejayaan dan menjulang al-Quran yang berperanan sebagai 'rahmatan lil a'lamin'," katanya.

Menurut Najib, segala ikhtiar negara untuk mengangkat dan memartabatkan warga pendidik al-Quran sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala yang setimpal dan keberkatan daripada-Nya.

'Kita juga bersyukur di atas nikmatNya, ekonomi negara telah semakin pulih di luar dugaan walaupun persekitaran ekonomi global belum pulih sepenuhnya.

''Semoga Model Ekonomi Baru yang akan dilaksanakan nanti akan memastikan ekonomi negara kekal dalam landasan pertumbuhannya," kata Perdana Menteri.

‘‘Rakyat telah memberikan maklum balas yang amat positif terhadap pengumuman saya tidak sampai tempoh sebulan lalu mengenai imbuhan khas ini.

‘‘Saya juga difahamkan ada negeri yang mahu mengkaji semula untuk membenarkan qariah mereka menyertai pertandingan Majlis Tilawah al-Quran ini sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

‘‘Membaca dan menghafaz al-Quran adalah sesuatu yang afdal kerana setiap kalimah yang dibaca akan diberi pahala oleh Allah,” kata Perdana Menteri.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Perdana Menteri berkata, kemampuan kerajaan secara konsisten menganjurkan tilawah al-Quran telah memberi impak besar dan berkesan kerana para qari dan qariah Malaysia telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Ia, kata beliau, sekali gus melonjakkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang dihormati dan disegani di seluruh dunia.

‘‘Yakinlah, hanya penglibatan yang ikhlas, bersungguh-sungguh dan komitmen yang tinggi daripada para qari dan qariah ini dapat merintis kejayaan dan menjulang al-Quran yang berperanan sebagai ‘rahmatan lil a‘lamin’,” katanya.

Menurut Najib, segala ikhtiar negara untuk mengangkat dan memartabatkan warga pendidik al-Quran sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala yang setimpal dan keberkatan daripada-Nya.

‘Kita juga bersyukur di atas nikmatNya, ekonomi negara telah semakin pulih di luar dugaan walaupun persekitaran ekonomi global belum pulih sepenuhnya.

‘‘Semoga Model Ekonomi Baru yang akan dilaksanakan nanti akan memastikan ekonomi negara kekal dalam landasan pertumbuhannya,” kata Perdana Menteri.

Recent Posts

Recent Updates

Recent Comments