Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak admin, bolehlah diajukan kepada melalui emel m.alqari@gmail.com Terima kasih atas kunjungan...

Mengenal thobakot (tingkatan) suara



Terdapat empat thobakot dalam bidang taranum al-quran iaitu:-

1.Thobakot pertama (qoror) ianya berfungsi di dada (Ramai yang tak mampu buat)

2.Thobakot kedua (nawa) ianya berfungsi pada tekak (Ramai yang mampu)

3.Thobakot ketiga (jawab) ianya berfungsi pada rongga hidung (Ramai yang mampu juga)

4.Thobakot keempat (jawab-buljawab) ianya berfungsi pada rongga otak(Nah Jarang-jarang sangat yang mampu membawa dengan baik).

Kestabilan bacaan memerlukan latihan yang jitu dan istiqamah melalui tunjuk ajar dan panduan yang betul oleh Guru yang mahir serta pakar dalam bidang tarannum.

Rajin-rajin la ye...

Contoh sedikit penerangan boleh di ambil..

Penulisan Ilmu Tajwid di alam Melayu dan kandungan yang dibahaskan

Dari sejarah pula perkembangan ilmu tajwid bermula sejak zaman rasulullah s.a.w lagi, di mana mengikut sejarah, Rasulullah menerima wahyu dari jibril sudahpun dengan bertajwid, cuma pada masa itu tidak ditekankan hukumnya dengan terperinci dan dibukukan.
Orang yang mula-mula sekali membukukan ilmu ini ialah Imam Al-‘Azim Abu Abid Qasim bin Salam pada kurun yang ke tiga hijrah. Manakala ada pendapat lain pula mengatakan orang yang mula-mula membukukan ilmu ini ialah Hafs bin ‘Umar al-Duri.

Di Malaysia, sejarah perkembangan ilmu tajwid adalah selari dengan sejarah perkembangan Islam. Mengikut pendapat ahli sejarah, Islam mula bertapak di Malaysia pada abad ke 15 di mana Melaka telah muncul sebagai pusat perdangangan yang penting di Asia Tenggara. Para pedagang termasuk pedagang Arab telah datang ke Melaka untuk berdagang. Di samping berdagang, mereka juga cuba menyebarkan Agama Islam. Mengikut sejarah Melayu, Raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara telah diislamkan oleh Sheikh Abdul Aziz dari Mekah pada tahun 1414 yang kemudiannya berkahwin dengan puteri Islam dari Pasai. Melalui perkembangan Islam inilah, para mubaligh dari Tanah Arab telah mengajar al-Quran dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan sunnah Nabi. Di dalam pengajaran al-Quran, ilmu tajwid diberi penekanan yang serius agar pembacaan umat islam betul dan mengikut apa yang telah disunahkan oleh Rasulullah. Usaha mengajar al-Quran dijalankan melalui madrasah-madrasah, rumah-rumah individu (tok imam) dijalankan oleh para mubaligh dari negeri arab. Mereka menjalankan pengajian al-Quran secara bersemuka bertujuan orang yang diajar dapat membaca al-Quran dengan bertajwid. Dari sinilah bermulanya perkembangan ilmu tajwid di Malaysia.

Pada peringkat awal ramai mubaligh asing terutama dari arab dan India datang ke Melaka untuk menyebarkan dakwah islam. Setelah beberapa lama lahirlah pula para mubaligh yang terdiri dari anak-anak tempatan Melaka. Mereka inilah yang meneruskan perjuangan menyebarkan islam dan pembacaan al-Quran bertajwid kepada penduduk-penduduk tempatan dan negeri-negeri lain di persekitaran. Konsep dakwah yang disarankan oleh islam turut mempengaruhi faktor penyebaran Islam (Al-Quran dan Syariat Islam). Setiap individu islam bertanggungjawab menyampaikan ajaran ini kepada orang lain, telah menyebarluaskan lagi islam di Malaysia.

Sejarah juga menyatakan bahawa Islam sampai ke Kedah pada 291 H (903 M) dengan penemuan batu nesan tertua di Tanjung Inggeris. Di negeri Kelantan pula pada tahun 577H ( 1181 M) dengan penemuan dinar emas di Kota Kubang Labu, Tumpat. Penemuan Batu Bersurat di Terengganu pada 702H (1302M) membuktikan bahawa negeri Terengganu juga menerima Islam. Ini kerana diyakini oleh ahli sejarah Islam bahawa perkembangan pengajian al-Quran dan tajwid juga bermula dari tarikh dan tempat tersebut.

Mengikut sejarah perkembangan ilmu tajwid, penyusun ilmu tajwid yang pertama dalam bahasa Melayu adalah seorang ulamak yang bernama Muhammad Salih bin Ibnu Mu’ti bin Syeikh Muhammad Salih al- Kalantani. Asal usulnya tidak diketahui tetapi mengikut sejarah nama di akhir adalah al-Kalantani, berkemungkinan beliau berasal dari kelantan.( nama ini terdapat dalam sebuah buku karya beliau ). Berdasarkan kepada bukunya mengenai ilmu tajwid, yang bertajuk “ Mir’atul Quran fi Tashili Ma’rifati Ahkamit Tajwid lil Mulkil Wahhab” dihasilkan pada tahun 1193H bersamaan 1779M adalah tarikh terawal mengenai ilmu itu yang ditulis dalam bahasa Melayu. Beliau juga telah mengambil kitab tafsir Bahasa Melayu “Turjumanul Mustafid”, Karya Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri yang merupakan terjemahan dan tafsir al-Quran yang pertama dalam bahasa Melayu. Buku ilmu tajwid karya Ibnu Syeikh Abdul Mu’ti ini telah disalin semula oleh Tuan Guru Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf Terengganu bermula pada tahun 1235H (1819) dan disiapkan pada tahun 1265H bersamaan 1848M. (mengambil masa sekitar 42 tahun untuk menyiapkannya).

Terdapat juga beberapa orang ulamak dari kerajaan Sambas, Indonesia yang telah menulis ilmu tajwid dalam versi Melayu, diantaranya ialah Haji Khairuddin ibnu Haji Qamaruddin Sambas, yang telah menulis beberapa buah buku termasuklah ilmu tajwid tetapi tidak dinyatakan tarikhnya. Kandungannya membincangkan ilmu tajwid secara lengkap untuk peringkat asas (Koleksi tulisan Allayarham Wan Mohd Shaghir Abdullah, internet 5 may 2008- Isnin). Seorang lagi Ulamak Sambas yang menulis tajwid ialah Haji Mohd Yasin bin Al-Haji Muhammad Sa’ad Sambas di mana buku tajwid yang ditemui di karang oleh beliau ialah “Ilmu Tajwid”. Buku ini diselesaikan di Mekah, Waktu Dhuha, hari Sabtu bersamaan 20 Syawal 1285H. Kandungannya menjelaskan tentang ilmu Tajwid al-Quran. Pada bahagian awal ditulis dalam Bahasa Arab yang diberi makna dalam bahasa Melayu. Bahagian kedua semuanya menggunakan bahasa Melayu. Manuskrip ini diperolehi di Pontianak, Kalimantan Barat. Ia pernah dimiliki oleh salah seorang keturunan Kerabat Diraja Kerajaan Pontianak. Tarikh Perolehan ialah pada 11 Rabiulawal 1423H hari jumaat bersamaan 24 Mei 2002M.

Kandungan yang ditulis atau dibahaskan dalam penulisan ilmu tajwid di alam melayu adalah merangkumi :

1. Makhraj huruf merupakan kompenan terpenting dalam pengajian Tajwid al-Quran. Makhraj huruf dari segi bahasa bererti tempat keluar huruf iaitu daripada bahagian dalam mulut. Manakala makhraj huruf pula merupakan kata jama’ yang berasal daripada kata tunggal (mufrad) iaitu huruf. Kesimpulannya makhraj huruf bererti tempat keluar huruf-huruf Hijaiyyah di dalam al-Quran (Saudi, 1990, ms:33). Sementara dari segi istilah ilmu tajwid pula makhraj huruf ialah tempat keluar sebutan huruf-huruf Hijaiyyah di dalam al-Quran yang terbit daripada makhraj Muhaqqaq atau Muqaddar. Manakala kalimah huruf pula ialah huruf-huruf Hijaiyyah yang bermula dari Alif hingga Ya’ yang juga dikenali sebagai huruf al-mabani, huruf al-‘Arabiyyah dan huruf al-Mu’jam. Dalam makhraj huruf terdapat 17 bahagian, perbahasan yang dikemukakan ialah bagaimana huruf-huruf keluar samada dari rongga mulut (al-jauf – 1 makhraj), kerongkong (al-Halq – 3 makhraj), Lidah (al-Lisan – 10 makhraj), dua bibir ( al-Shafatain (2 makhraj) dan dalam hidung (al-Khaisyum – 1 makhraj).
Contohnya : Dari rongga mulut ( al-jauf) keluarnya huruf-huruf mad iaitu ا , و ي
قال( فتحة) , يقول ( ضمة) , قيل (كسرة)

2. Sifat-sifat huruf – Kalimah sifat-sifat huruf dalam bahasa arab ( ( الصفات sebenarnya kata jamak dari kalimah mufrad iaitu ( مفرد ). Menurut Kamus Dewan Helaian 1201, kalimah sifat boleh ditakrifkan dalam tiga penakrifan berikut:
a. Keadaan sesuatu rupa atau benda yang dapat dilihat
b. Keadaan yang dimiliki oleh sesuatu benda, orang dan lain-lain lagi.
c. Pembawaan seseorang, perangai , tabiat dan watak.

Dari segi istilah ilmu tajwid pula sifat-sifat huruf ialah sesuatu ilmu pengetahuan yang membicarakan tentang kaifiat atau kaedah menzahirkan sifat-sifat yang dimiliki oleh huruf-huruf Hijaiyyah. Ianya terbahagi kepada dua iaitu sifat yang berlawanan dan sifat tunggal. Perkara yang dibahaskan dalam sifat-sifat huruf ialah cara mengeluarkan nafas tanpa sekatan (ريان النفس ketika menyebut huruf-huruf yang memiliki sifat Hamas. Huruf-huruf tersebut ialah , فَحَثْهُ شَخْصٌ سَكَت Begitulah juga sebaliknya, menyekat atau menahan nafas daripada bebas keluar ketika menyebut huruf-huruf yang memiliki sifat Jahar (Al- Mursafi, 1982, ms:75), terdapat 19 huruf jahar yang terhimpun dalam kalimah berikut :عظم وزن قارىءٍ ذِي غضٍّ جَدُّ طلب . Kedua-dua sifat ini adalah berlawanan iaitu sifat hamas (keluar nafas dengan bebas) lawannya sifat Jahar (menahan nafas), Selain daripada itu sifat berlawanan juga terapat juga sifat Syiddah dan Rakhawah, sifat Isti’la’ dan istinfal, sifat ‘iba’ dan infitah, Izlaq dan ismat .

Sifat tunggal pula mempunyai 7 sifat seperti sifat Safir, mutaharrik, sifat lin, sifat takrir, sifat tafasyi, sifat isti’lah dan Qalaqalah. Sebagai contoh sifat tunggal ialah Qalaqalah yang mempunya lima huruf iaitu ق ط ب ج د dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu qalaqalah Kubra dan Sughra. Ianya membicarakan bagaimana cara membaca kedua-dua qalaqalah tersebut.
Contohnya : Qalaqalah Kubra pada kalimah : قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌdibaca dengan detakan yang jelas pada kalimah” أحد “ begitulah sebaliknya pada kalimah yang mengandungi qalaqalah sughra, contohnya pada ayat ,
óOs9r& ö@yèøgs† ö/èfy‰øŠx. ’Îû 9@‹Î=ôÒs? ÇËÈ hendaklah di baca dengan detakan yang kecil (hidup mati bunyinya)

3. Hukum-hukum bacaan seperti hukum nun sakinah dan tanwin, mim sakinah, mim dan nun syaddah, hukum mutamasilain, hukum mutaqaribain, mutajanisain dan mutaba’idain, hukum lam dan ra’, hukum bacaan Mad dan Qasr, Waqaf dan ‘ibtida’, Isti’azah dan basmallah dan lain-lain.

a. Hukum Nun Sakinah dan Tanwin

Nun Sakinah dan tanwin dikenali juga dengan “Hukum Lima”. Nun Sakinah ialah huruf nun yang tidak berbaris atau nun mati ( ن ) . Nun sakinah tetap ada samada ketika waqaf ataupun mati. Contohnya : من هاجر
(Nasr, 1349H, ms116), sementara tanwin pula ialah nun mati yang ditambah tetapi bukan atas sebab-sebab tawkid. Ia hanya terdapat pada akhir tiap-tiap isim, contohnya : عَلِيمٍا حَكِيمٍا , Tanwin akan dihazafkan ketika waqaf, contohnya: إِنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ

Dalam bab ini ianya membincangkan tentang bentuk dan pembahagian Nun Sakinah dan Tanwin, di mana keduanya terbahagi kepada lima bahagian iaitu izhar halqi, ikhfa’ hakiki, idgham maal ghunnah, idgham bilaghunnah dan iqlab. Ianya juga membahaskan bagaimana cara membaca hukum-hukum tersebut dengan betul.
Contohnya : hukum bacaan Iqlab iaitu apabila huruf nun mati atau tanwin bertemu huruf ba (نْ\ ً ٍ ٌ برتمو ب ), bentuknya seperti contoh di bawah
( مِن بَعْدِ ) dan (سَمِيع بَصِيرُ ) dan cara bacannya hendaklah dimasukkan huruf nun mati atau tanwin ke dalam huruf ba’ digantikan sebutannya kepada bunyi mim dan hendaklah dirapatkn kedua-dua bibir semasa membacanya.

b. Mim Sakinah, Nun dan Mim Syaddah – adalah kesinambungan daripada hukum-hukum nun sakinah dan tanwin. Dalam perkara ini, perkara utama yang dibincangkan adalah mengenai bentuk, pembahagian hukumnya dan bagaimana kaedah membacanya sama seperti hukum nun dan tanwin di atas. Mim Sakinah dibahagikan kepada tiga iaitu Idgham Mislain, Ikhfa’ Syafawi dan Izhar Syafawi.
Contoh : ikhfa’ Syafawi apabila mim mati bertemu huruf ba’ seperti يوم هم برزون
dan ianya hendaklah dibaca di atas sifat antara izhar dan idgham disamping mengekalkan sifat ghunnah pada huruf pertama. Ketika membacanya tidak boleh dirapatkan kedua-dua bibir (direnggang sekadar boleh diselit sehelai kertas).
Begitu juga dengan hukum nun dan mim syaddah, wajib didengungkan apabila kalimahnya. Contoh pada ayat :
!$¯RÎ) š�»oYø‹sÜôãr& t�rOöqs3ø9$# ÇÊÈ ¢OèO £`è=t«ó¡çFs9 >‹Í³tBöqtƒ Ç`tã ÉOŠÏè¨Z9$# ÇÑÈ
Kedua-dua ayat di atas wajib didengungkan bacaannya pada mim syaddah dan nun syaddah dengan kadar 2 harakat.

c. Hukum-hukum Mutamasilain, Mutaqaribain, Mutajanisain dan Mutaba’idain. Tajuk di atas adalah untuk menambahkan lagi konsep dan perbandingan antara keempat-empat hukum di atas dengan makhraj huruf dan sifat-sifat huruf. Ini kerana makhraj dan sifat huruf menjadi pengukur utama dalam menentukan hukum-hukum mutamasilain, mutaqaribain, mutajanisain dan mutaba’idain. Ianya dapat membantu pembaca al-quran memahami lebih mendalam berkaitan dengan makhraj huruf dan sifat huruf untuk tujuan pembacaan al-quran yang sempurna. Pengertian setiap idgham adalah seperti di bawah :
a) Idgham mutamasilain – pertemuan huruf yang sama dari segi nama, makhraj dan sifat seperti pertemuan huruf د dalam contoh berikut:
#sŒÎ)ur öNä.râä!%y` (#þqä9$s% $¨YtB#uä ‰s%ur (#qè=yz¨Š Ì�øÿä3ø9$$Î/


ii) Idgham Mutaqaribain – pertemuan huruf yang hampir sama dari segi makhraj dan sifat atau hampir sama dari segi makhraj tidak sifat dan sebaliknya
ôMt/¤‹x. ߊqßJrO !$yg1uqøósÜÎ/ pada ayat ÇÊÊÈ pertemuan antara huruf dan contohnya
iii) Idgham Mutajanisain - pertemuan huruf yang sama dari segi makhraj tetapi berlainan sifat. Contohnya pertemuan huruf ط dengan ت di dalam kalimah
أحطت dan بسطت
iv) Idgham Mutaba’idain - pertemuan dua huruf yang kedua-duanya jauh dari segi makhraj dan beza dari segi sifat. Contohnya kalimah تحملون dalam surah al-mukminun ayat 22.
$pköŽn=tãur ’n?tãur Å7ù=àÿø9$# tbqè=yJøtéB ÇËËÈ
d. Hukum Lam dan Ra’ - Ianya membincangkan bertapa pentingnya huruf Lam dan ra’ di dalam al-quran berbanding huruf hijaiyyah yang lain. Huruf Lam dan ra’ dilihat begitu istimewa kerana ia melibatkan hukum-hukum idgham, izhar tarqiq dan tafkhim, sekaligus menjelaskan bahwa ianya adalah lanjutan sebahagian daripada sifat-sifat ‘Ardiyyah yang telah dibahaskan. Hukum Lam dan Ra’ dibahaskan dalam dua dimensi yang berasingan kerana kedua-duanya berlainan dari segi makhraj dan kebanyakan sifat. Hukum Lam terbahagi kepada lima bahagian iaitu لام الرف , لام الأمر , لام الفعل , لام الإسم , لام التعريق Al-Mursafiyy, 1982,ms 201). Contohnya surah al-syura ayat 23 :
y3 @è% Hw ö/ä3è=t«ó™r& Ïmø‹n=tã #·�ô_r& žwÎ) no¨ŠuqyJø9$# ’Îû 4’n1ö�à)ø9$# 3 `tBur ô$ÎŽtIø)tƒ ZpuZ¡ym ÷ŠÌ“¯R ¼çms9 $pkŽÏù $·Zó¡ãm 4
sementara hukum Ra’ dibahaskan dari segi bacaan Tarqiq ( ترقيق ) dan Tafkhim ( تفخيم .(

e. Hukum-hukum Bacaan Mad dan Qasr – Mad dari sudut bahasa bererti bertambah, dan dari segi istilah tajwid pula memanjangkan suara ketika menyebut huruf-huruf Mad dan Lin atau salah satu huruf lin (Al- Mursafiyy, 1982, ms:268). Sementara Qasr pula dari segi bahasa ialah menahan atau menyekat, dari segi istilah pula ialah menetapkan kadar panjang huruf mad dan lin tanpa sebarang tambahan bagi kedua-duanya. Bahagian ini membicarakan tentang panjang dan pendeknya sesuatu bacaan ayat-ayat al-quran. Mad terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu Mad Asli ( Tabiee) dan Mad Far’i pula terbahagi kepada 13 bahagian iaitu Mad Arid Lil sukun, Mad jais munfasil, mad wajib muttasil, mad iwad, mad badal, mad tamkin, mad faraq, mad lazim kalimi musaqqal, mad lazim harfi musaqqal, mad lazim kalimi mukhaffaf, mad lazim harfi mukhaffaf , mad silah towilah dan Qasirah. Ianya membahaskan bentuk-bentuk mad tersebut, cara membacanya serta qadar panjang bacaannya. Ini dapat dilihat beberapa contoh-contoh ayat di bawah:
i) Mad wajib muttasil pada kalimah السماء dibaca dengan kadar lima harakat.
ii) Mad Jaiz Munfasil pada kalimah قُو~ أَنفُسَكُمْ boleh dibaca dengan kadar 2/4/5 harakat.

f. Wakaf dan ibtida’- Wakaf ialah menghentikan bacaan dengan memutuskan suara di hujung perkataan tertentu seketika serta melepaskan nafas dengan niat untuk menyambung semula bacaan selepasnya. Waqaf ini pula terbahagi kepada 4 iaitu waqaf Tam, waqaf Hasan, waqaf Kafi dan Waqaf Qabih. Perkara yang dibincangkan adalah bentuk waqaf , cara berhenti dan bagaimana pula menyambung bacaan. Contohnya :
y7Í´¯»s9'ré& 4’n?tã “W‰èd `ÏiB öNÎgÎn/§‘ ( y7Í´¯»s9'ré&ur ãNèd šcqßsÎ=øÿßJø9$# ÇÎÈ
Berhenti di atas kalimah šcqßsÎ=øÿßJø9$# adalah waqaf Tam kerana ia adalah
penamat cerita orang-orang mukmin. Kemudian bermula dengan cerita orang-orang kafir yang bermula dengan perkataan ( ( إِنَّ Oleh itu tidak terdapat pertalian di antara ayat 5 dan 6. Inilah yang dinamakan waqaf Tam.
Dari segi menyambung semula bacaan ( ibtida’) samada bermula pada perkataan ( kalimah) yang diberhentikan ke atasnya atau selepasnya terpulanglah kepada kesesuaian makna kerana tidak ada kaedah yang tetap kecuali berhenti pada hujung ayat atau kalimah yang ada tanda-tanda wakaf seperti ج, صلى , ط , لا dan lain-lain. Ia harus memulakan dengan kalimah selepas tempat berhenti ( waqaf). Kedua-dua ini sangat penting dalam menyempurnakan bacaan al-Qur’an. Ini kerana ramai di kalangan pembaca al-Quran tidak mengetahu bahasa Arab.

Pengenalan Ilmu Tajwid dan periwayatan yang digunakan di Malaysia


Ilmu Tajwid dari segi bahasa ialah mengelokkan sesuatu atau mendatangkan sesuatu yang baik. Sementara dari segi Istilah pula ialah sesuatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan huruf-huruf al-Quran dengan betul.


Sesetengah ulamak mentakrifkan tajwid sebagai memberi huruf akan haknya daripada sifat-sifat yang lazim baginya, serta keperluan dari segi hukum yang terbit dari sifat-sifat tersebut. (Sa’udi, 1990. ms:121). Ini bermaksud menunaikan hak huruf dan apa yang sepatutnya bagi sesuatu huruf al-Quran seperti menunaikan apa yang sepatutnya bagi makhraj sesuatu huruf, sifat-sifatnya (ciri-cirinya), dengungnya, panjangnya (mad), tebal atau tipisnya sebutan sesuatu huruf dan lain-lain hal yang bersabit dengan ilmu tajwid. Ada yang mentakrifkan sebagail ilmu yang menerangkan hukum-hukum serta kaedah-kaedah yang mesti diamalkan semasa membaca al-Quran dengan menepati apa yang diterima daripada Rasulullah s.a.w.

Al-Quran yang kita warisi dari Rasulullah s.a.w tidak dibaca dengan satu cara sahaja, tetapi ia harus dibaca dengan beberapa cara mengikut riwayat Qiraat yang diambil dari Rasulullah s.a.w . Ini kerana Rasulullah s.a.w membenarkan para sahabat membaca al-Quran mengikut Lahjah (loghat/dialek) mereka sendiri, yang mana mereka semua adalah berbahasa arab sama seperti bahasa al-Quran yang diturunkan. Maka wujudlah di kalangan para sahabat , pembacaan al-Quran yang berbeza tetapi kesemuanya diakui sah oleh Rasulullah s.a.w melalui hadith baginda yang berbunyi :

قَا لَ أَقْرَأَنِى جِبْرِياُ عَلَى حَرْفٍ فَرَاجَعْتُهُ فَلَمْ أَزَلْ أَسْتَزِيدُهُ وَيَزِيدُونِي حَتَّى انْتَهِى اِلَى سَبْعَةٍ أَحْرُفٍ.

Ertinya : “ Jibril a.s membaca kepada aku al-Quran dengan satu cara sahaja, maka aku berulang-ulang meminta supaya ditambah bacaan lain, dan jibril pun menambahya sehinggalah lengkap 7 perbezaan bacaan”
(Hadis ke 4607 Sahih al- Bukhari)

Di Malaysia, pembacaan al-Quran pada masa sekarang adalah mengikut Rasm Uthmani, yang telah ditulis dan dibukukan semasa pemerintahan Saidina Othman bin Affan r.a. Sementara bacaannya adalah mengikut riwayat Hafs bin Sulaiman melalui Toriq Asy-Syatibiyyah dan ianya diambil dari Qiraat Imam ‘Asim. Imam ‘Asim adalah seorang pelopor mazhab Qiraat yang tujuh daripada sepuluh. Nama beliau ialah ‘Asim bin Abi an-Najud al-Asadi al-Kufi, Syeikh Qurra’di Kufah selepas Abu ‘Abd Rahman as-Sulami. Beliau adalah seorang Tabi’en yang hampir dengan para sahabat dan berkesempatan bertemu dengan ramai di kalangan mereka ( sahabat) semasa hayatnya. Beliau seorang yang fasih serta mahir dalam bacaan al-Quran, memiliki suara yang lunak, sedap dan disegani, apabila beliau membaca al-Quran hingga dikatakan beliau “manusia yang paling baik suaranya dalam bacaan al-Quran”.

Bersambung sanad (salasilah) bacaan al-Qurannya kepada Rasulullah s.a.w hanya diselangi oleh dua orang perantaraan sahaja sepertimana gambarajah di bawah :

Beliau wafat setelah meninggalkan warisan yang tidak ternilai bagi seluruh umat islam pada penghujung tahun 127 hijrah dan dikebumikan di Kufah. Diriwayatkan dari Abdullah bin Ahmad bin Hambal: “ Aku pernah bertanya bapaku : Qiraat manakah yang lebih kamu sukai ? Jawab Imam Ahmad (w: 241H): Qiraat penduduk Madinah. Jika tiada, maka Qiraat Imam “Asim”. Beliau mempunyai anak murid yang terlalu ramai tetapi yang paling mashyur hanya dua orang sahaja iaitu :

i)Abu Bakar Syu’bah bin Abbas
ii)Abu Umar Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi yang menjadi periwayatan pembacaan al-Quran penduduk Islam di Malaysia.

Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah bin Abi Daud al-Asadi al- Kufi, terkenal dengan gelaran Abu Umar merupakan anak murid dan juga anak tiri kepada Imam “Asim. Beliau telah mengambil bacaan al-Quran terus dari gurunya “Asim secara talaqqi dan Musyafahah. Beliau amat terkenal dengan ketelitian dan ketepatan bacaan dan hafalan al-Qurannya. Beliau belajar sehingga menjadi seorang yang sangat mahir melebihi rakannya yang bernama syu’bah. Ramai di kalangan ulamak mengakui ketokohan beliau dalam bacaan al-Quran. Oleh sebab itu beliau lebih mashyur dan terkenal di segenap pelusuk Negara menjadikan ramai manusia datang belajar dengannya.

Bersambung sanad (salasilah) bacaan al-Quran kepada Rasululllah melalui gurunya Imam “Asim seperti berikut :

Hafs <= ‘Asim <= As- Sulami <= Ali <= Rasulullah s.a.w Gambarajah : Kedudukan bersambung sanad dari gurunya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Oleh kerana Hafs telah melahirkan ramai anak-anak murid, maka bacaan riwayat Hafs ini telah tersebar luas ke seluruh Negara Islam, pada waktu itu hingga ke hari ini terutama sekali negara-negara sebelah Asia. Beliau wafat pada tahun 180 Hijrah. Selepas kewafatan Imam Hafs wujud pula Toriq (aliran bacaan) yang berbagai-bagai seperti aliran Asy-Syatibiah dan aliran Al-Jazariah. Kita di Malaysia membaca al-Quran mengikut Rasm Uthamani dan kaedah bacaan mengikut riwayat Hafs melalui Toriq Asy-Syatibiah. Imam Asy-Syatibiah, nama sebenarnya ialah Al-Qasim bin Fiyyurah bin Khalf bin Ahmad Asy- Syatibi Ar-Ru’aini Al-Andalusi. Dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di Syatibah di Andalus. Beliau adalah imam yang terkemuka dalam meriwayatkan Qiraat yang tujuh melalui kitabnya yang terkenal iaitu Hizrul Amani wa Wajhut Tahani atau lebih dikenali dengan Matan Asy-Asyatibiah. Beliau mempelajari al-Quran dan Qiraat dari gurunya di Syatibah iaitu Abi Abdullah Muhammad bin Abil “As Al-Nafari. Imam As-Syatibi adalah seorang yang mendalam pengetahuannya dalam bidang-bidang ilmu islam dan Bahasa Arab. Selain daripada ingatan beliau yang kuat dan akal yang tajam, beliau juga mempunyai akhlak yang tinggi dan mulia, tidak memandang dunia, takut kepada hukum Allah. Beliau merupakan seorang yang mahir dalam semua Qiraat, namun apa yang beliau riwayatkan daripada bacaan Imam ‘Asim adalah lebih mashyur dan diterima oleh semua berbanding dengan yang lain. Bacaan oleh beliau daripada riwayat Hafs dari Qiraat ‘Asim dari aliran Asy-Syatibiah telah menjadi bacaan yang utama yang diamalkan oleh sebahagian besar umat islam sehingga ke hari ini termasuklah negara kita Malaysia. Dari keterangan di atas, jelas terbukti bahawa sesuatu bacaan itu mempunyai bacaan yang sah datangnya dari Rasulullah s.a.w. Walaupun terdapat perbezaan bacaan, tetapi apa yang lebih penting ialah perbezaan itu mestilah mempunyai sandaran yang kuat dan sah dalam pengambilannya.

PERKEMBANGAN ILMU TAJWID DI TANAH MELAYU

Disediakan oleh : Ustazah Wan Noriyah Bt Wan Deris, Pasir Puteh Kelantan.
PENDAHULUAN

Al-Quran adalah kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai mukjizat, diturunkan secara mutawatir, membacanya adalah satu ibadah dan ianya bermula dari surah al-fatihah dan berakhir dengan surah an-nas. Membaca al-Quran adalah ibadah, dan pembacaannya mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sepertimana firmanNya dalam surah al-muzammil ayat ke empat yang bermaksud:

"ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran Dengan “Tartil”. (perelokkan sebutan dan mengetahui tempat waqaf).

Hal ini dijelaskan lagi oleh rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang berbunyi “

خُذُوا الْقُرْءَانَ مِنْ أَرْبَعَةٍ مِنْ عَبْدُاللهِ بْنِ مَسْعُودٍ وَ سَالِمٍ وَمُعَاذٍ بْنِ جَبَلٍ وَاُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ

Bermaksud : Ambillah al-Quran dari empat orang iaitu Abdullah ibn Masud, Salim, Muadz dan Ubai ibn Ka’ab.
Ulamak telah meletakkan garis panduan yang masyhur dalam pengriwayatan dan rukun bacaan al-Quran. Rukun-rukun bacaan al-Quran yang telah disepakati oleh para ulamak adalah seperti berikut:
1. Hendaklah dari sanad yang sahih, ianya diriwayatkan oleh seorang yang adil dan kuat ingatan serta bersambung sanadnya kepada rasulullah s.a.w tanpa keganjilan dan kecacatan yang mengaibkan.
2. Ianya menepati bahasa ِArab walaupun satu wajah atau bentuk. Bacaan tersebut hendaklah menepati kaedah bahasa Arab yang fasih dan disepakati dan kalaupun ada percanggahan ianya tidaklah memudaratkan.
3. Menepati salah satu mushaf Uthmani dari segi bacaannya. Ianya hendaklah pasti wujud pada salah satu mushaf walaupun tidak ada dalam mushaf Uthmaniyah yang lain.

Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang mempunyai banyak kelebihannya. Orang yang selalu membaca al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat, di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca al-Quran, kelebihan melimpah juga diberi kepada kedua ibubapanya. Ini diakui sendiri oleh rasulullah s.a.w melalui hadisnya yang berbunyi

عَنْ مُعَاذٍ الجُهَينِيْ قَالَ : قَا لَ رَسُولُ اللهِ (ص) : مَنْ قَرَأَ القُرْءَانَ وَعَمِلَ بِمَا فِيهِ أُلْبِسَ وَالِدَاهُ تَأجٍا يَوْمَ الٌِيَامَةِ ضَؤْؤُهُ اَحْسَنَ مِنْ ضَوْءِ الشَّمْسِ فِى بُيُوتِ الدُّنْيَا لَوْ كَانَتْ فِيكُمْ فَمَا ظَنُّكُمْ بِالَّذِى عَمِلَ بِهذَا
Ertinya : “ Dari Muadz al-Juhani telah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w “ Sesiapa yang membaca al-Quran dan diamalkan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi dari cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya”.

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah s.w.t di hari kiamat. Ini berpandukan hadis Rasulullah yang berbunyi:

عَنْ سَعِيْدٍ سَلِيْمٍ مُرْسَلاً قَا لَ رَسُولُ اللهِ (ص) : مَا مَنْ شَفِيعٍ أَفْضَلَ مَنْزِلَةً عِنْدَ اللهِ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنَ القُرْءَانِ , لاَ نَبِىُّ وَلاَ مَلَكٌ وَلاَ غَيْرُهُ
Ertinya: “ Dari Sa’id Salim secara mursal telah berkata, telah berkata Rasulullah s.a.w “ Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya”.
Membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan orang yang taat. Sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud “ Sesiapa yang mendengarkan satu ayat daripada al-Quran, ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya di hari kiamat.

Pada keseluruhannya pahala membaca al-Quran sangat banyak dan terlalu besar bagi umat Islam yang membaca dan mengamalkannya. Walhal bacaan dalam solat dan berwuduk juga akan mendapat balasan pahala dari Allah. Pahala membaca al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf adalah seratus kebajikan dan semasa berwuduk pula mendapat sepuluh kebajikan.

PERKEMBANGAN ILMU TAJWID DI TANAH MELAYU

Disediakan oleh : Ustazah Wan Noriyah Bt Wan Deris, Pasir Puteh Kelantan.
PENDAHULUAN

Al-Quran adalah kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai mukjizat, diturunkan secara mutawatir, membacanya adalah satu ibadah dan ianya bermula dari surah al-fatihah dan berakhir dengan surah an-nas. Membaca al-Quran adalah ibadah, dan pembacaannya mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sepertimana firmanNya dalam surah al-muzammil ayat ke empat yang bermaksud:

"ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran Dengan “Tartil”. (perelokkan sebutan dan mengetahui tempat waqaf).

Hal ini dijelaskan lagi oleh rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang berbunyi “

خُذُوا الْقُرْءَانَ مِنْ أَرْبَعَةٍ مِنْ عَبْدُاللهِ بْنِ مَسْعُودٍ وَ سَالِمٍ وَمُعَاذٍ بْنِ جَبَلٍ وَاُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ

Bermaksud : Ambillah al-Quran dari empat orang iaitu Abdullah ibn Masud, Salim, Muadz dan Ubai ibn Ka’ab.
Ulamak telah meletakkan garis panduan yang masyhur dalam pengriwayatan dan rukun bacaan al-Quran. Rukun-rukun bacaan al-Quran yang telah disepakati oleh para ulamak adalah seperti berikut:
1. Hendaklah dari sanad yang sahih, ianya diriwayatkan oleh seorang yang adil dan kuat ingatan serta bersambung sanadnya kepada rasulullah s.a.w tanpa keganjilan dan kecacatan yang mengaibkan.
2. Ianya menepati bahasa ِArab walaupun satu wajah atau bentuk. Bacaan tersebut hendaklah menepati kaedah bahasa Arab yang fasih dan disepakati dan kalaupun ada percanggahan ianya tidaklah memudaratkan.
3. Menepati salah satu mushaf Uthmani dari segi bacaannya. Ianya hendaklah pasti wujud pada salah satu mushaf walaupun tidak ada dalam mushaf Uthmaniyah yang lain.

Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang mempunyai banyak kelebihannya. Orang yang selalu membaca al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat, di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca al-Quran, kelebihan melimpah juga diberi kepada kedua ibubapanya. Ini diakui sendiri oleh rasulullah s.a.w melalui hadisnya yang berbunyi

عَنْ مُعَاذٍ الجُهَينِيْ قَالَ : قَا لَ رَسُولُ اللهِ (ص) : مَنْ قَرَأَ القُرْءَانَ وَعَمِلَ بِمَا فِيهِ أُلْبِسَ وَالِدَاهُ تَأجٍا يَوْمَ الٌِيَامَةِ ضَؤْؤُهُ اَحْسَنَ مِنْ ضَوْءِ الشَّمْسِ فِى بُيُوتِ الدُّنْيَا لَوْ كَانَتْ فِيكُمْ فَمَا ظَنُّكُمْ بِالَّذِى عَمِلَ بِهذَا
Ertinya : “ Dari Muadz al-Juhani telah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w “ Sesiapa yang membaca al-Quran dan diamalkan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi dari cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya”.

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah s.w.t di hari kiamat. Ini berpandukan hadis Rasulullah yang berbunyi:

عَنْ سَعِيْدٍ سَلِيْمٍ مُرْسَلاً قَا لَ رَسُولُ اللهِ (ص) : مَا مَنْ شَفِيعٍ أَفْضَلَ مَنْزِلَةً عِنْدَ اللهِ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنَ القُرْءَانِ , لاَ نَبِىُّ وَلاَ مَلَكٌ وَلاَ غَيْرُهُ
Ertinya: “ Dari Sa’id Salim secara mursal telah berkata, telah berkata Rasulullah s.a.w “ Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya”.
Membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan orang yang taat. Sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud “ Sesiapa yang mendengarkan satu ayat daripada al-Quran, ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya di hari kiamat.

Pada keseluruhannya pahala membaca al-Quran sangat banyak dan terlalu besar bagi umat Islam yang membaca dan mengamalkannya. Walhal bacaan dalam solat dan berwuduk juga akan mendapat balasan pahala dari Allah. Pahala membaca al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf adalah seratus kebajikan dan semasa berwuduk pula mendapat sepuluh kebajikan.


(Bersambung di bahagian dua)
Pengenalan Ilmu Tajwid dan periwayatan yang digunakan di Malaysia.

Nota Penghargaan: Terima kasih kepada Ustazah Wan Noriyah Bt Wan Deris yang telah membenarkan hasil kerja beliau ini disiarkan di blog ini untuk menjadi rujukan kepada sesiapa saja.

SHEIKH ABDUL BASIT ABDUL SAMAD

Peminat2 SENI LAGU AL QURAN sepatutnya tahu tentang QARI MESIR ini!
Qari Mesir memang handal dan hebat!
Terlampau ramai Qari2 Mesir yang baik2 dan berkebolehan didalam membaca al Quran secara ber Lagu. Diantara yang agak mashur di dalam DUNIA TARANUM AL QURAN ialah QARI MESIR SHEIKH ABDUL BASIT ABDUL SAMAD!

Errrmmm Hari ni hamba mau sentuh berkaitan QARI MESIR SHEIKH ABDUL BASIT ABDUL SAMAD.

Beliau mempunyai nada suara yang agak tinggi lagi nyaring.
Qari Mesir ini amat suka membawa LAGU SOBA didalam pembacaan al Quran yang dilagukannya. Hamba amat tertarik tentang kebolehan beliau memainkan burdah2 yang amat menyengat terutamanya ketika mewakafkan bacaan di hukum mad arid li sukun. Apa ke tidak?.... Ketika itulah beliau menekankan dan memainkan burdah di.... mahattahnya!... Mashaallah...!!!... Cukup POWER dan Bersemangat!

Sheikh Abdul Basit Abdul Samad... TIDAK MEMBACA secara aturan Majlis Ujian Tilawah Al Quran sebagaimana yang kita biasa dengar di daerah Singapura, Malaysia atau Indonesia. Sebab itu... bacaan berlagu al Quran yang dibacakan oleh beliau begitu menarik!
Itulah keistimewaan kebanyakkan Qari2 Mesir yang telah hamba dengar bacaan mereka.

Apatah lagi bacaan al Quran ber lagu yang dibacakan oleh beliau itu dirakamkan secara 'LIVE'...... mashaallah.... amat hebat sekali! Begitu memberi semangat dan mengkagumkan!

Sheikh Abdul Basit Abdul Samad telah pun meninggal dunia.
Semoga Tuhan mencucurkan rahmat keatas ruh beliau. Amin......

Hamba harap...kawan2 peminat LAGU AL QURAN cuba2lah mendapatkan kaset2 atau CD bacaan beliau dipasaran.... maksud hamba ialah bacaan al Quran berlagu..
Kawan2 bolehlah pergi ke lelaman koleksi link-link untuk mendengar sendiri sedikit contoh bacaan al Quran ber Lagu dari Qari2 Mesir yang hebat2 itu....

Kursus Tahsin Zon Timur 09 bersama ustaz nik ketika ini

Salam semua,ana sekarang masih lagi mengajar di sekolah di sandakan sabah.Hanya tuhan yang tahu.....perasaan ingin mohon pindah ke tanah semenanjung sanagat membara....sebelum ini ana banyak leka dan tidak bersungguh-sungguh belajar tarannum..namun kini apabila selalu mengadakan kelas quran dan sentiasa menjadi hakim mtq sekolah-sekolah serta mendengar qari-qari baru yang kian meningkat mutu bacaan mereka,makin lah rasa menyesal sebelum ni malas-malas je mengadap guru...hanya melalui video-video dan balik kg jarang-jarang dapat la menambah sedikit ilmu tarannum ana ni...kadang-kadang bila baca terasa berkarat dah suara..seingat ana banyak sikit bergutu ialah pada tahun 2004 untuk menyertai tilawah kebangsaan maktab..ketika itu ana buat kpli di jitra kedah...alhamdulillah johan waktu tu....aduh ada urusan lak...ana sambung kemudia ye sahabat qari qariah semua...

Ustaz Nik Jaafar adalah orang asal kg ana dan ahli keluarga ana juga.





Kursus Tahsin Zon Timur 09 - Ust Nik Jaafar 2