Pemergian Qari Ulung Ke Rahmatullah (Syeikh Fathi al-Maliji)



Pada bulan Februari 2009 yang lalu dunia tarannum dan pengajian al-Quran di Mesir kehilangan seorang lagi qari yang berpengalaman dengan pemergian Sheikh Fathi al-Maliji ke rahmatullah. Sheikh Fathi boleh dikatakan sebagai pengganti kepada Sheikh Mustafa Ismail bahkan seorang peminat yang fanatik kepada qari agung tersebut. Bukti kecintaannya kepada Sheik Mustafa, beliau telah menulis satu qasidah memuji idolanya dengan mukaddimahnya: إن الله اصطفى مصطفى *** لما رأى قلبا صفى Sheikh Fathi al-Maliji banyak memenuhi jemputan di negara-negara Islam. Pada tahun 2007 al-marhum pernah melawat Malaysia di atas undangan JAKIM. Pada tahun tersebut beliau menjadi hakim Tilawah Peringkat Antarabangsa di samping melatih qari dan qariah Malaysia. Rahimallahu syaikhana rahmatan wasi'ah waaskanahu fasiha jannatih. Amin
video Sheikh Fathi mempersembahkan bacaan di Kota Bharu Kelantan- Dengan ihsan Ust Wan Hilmi video