Friday 3 July 2009

Saudara Mohd Anuar Ghazali akan mewakili qari kelantan ke peringkat kebangsaan 2009

Salam,saban tahun hamba hanya memerhatikan musabaqah atau tilwah quran terbuka anjuran jakim,Selagi hamba masih menetap dan bertugas di sabah,selagi itulah hamba tak dapat menyertainya,Di negeri sabah syarat menyertainya mesti telah bermastautin di negeri bawah bayi ini selama 10 tahun terlebih dahulu.

Tahun pertama hamba disabah 2005,hamba telah menyertai tilawah terbuka anjuran jakim dan berjaya keperingkat akhir negeri sabah,Namun di saat-saat akhir hampir pertandingan bermula hamba dipanggil oleh urusetia,Urusetia menyatakan hamba tidak layak menyertai tilawah ini.itu sahaja coretan hamba setakat ini.Tahun 2005 peringkat negeri sabah diadakan di sandakan.

Guru Johan Tilawah Al-Quran Kelantan


KOTA BAHARU, 12 Jun (Bernama) -- Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Lui, Negeri Sembilan, Mohd Anuar Ghazali, 34, muncul johan qari tilawah al-Quran peringkat negeri di Balai Islam, Lundang, di sini malam tadi.

Mohd Anuar, yang berasal dari Bandar Baru Machang, akan mewakili Kelantan ke tilawah peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Ipoh dari 14 hingga 18 Jun ini.

Naib johan ialah Wan Hilmi Wan Abdullah dari Jajahan Kota Baharu manakala Hassan Shukri dari jajahan Tanah Merah menduduki tempat ketiga.

Tidak ada kategori qariah bagi negeri Kelantan.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

-- BERNAMA

Recent Posts

Recent Updates

Recent Comments