Thursday 11 June 2009

Kehilangan besar Guru Al-Quran Sek Men Arabiah Pasir Mas

Pada 12/06/2009 jam 3:25am hamba menerima sms daripada sahabat setarannum dan sedaerah Ustaz Hasan Al-Syukri Begini Smsnya:Salam,Jazakallah di atas doa sahabat2...ana dapat juga no 3.tp ada peristiwa menyayat hati.Guru Kami ustaz muzdi awang (hakim Fasohah) meninggal dunia depan mata di Restoren masa balik daripda tilawah peringkat negeri kelantan...Selepas membaca sms ini tetiba dengan sendiri airmata hamba mengalir.....tu je...tak mau cerita panjang....

Boleh lihat di blog Hasan Al-Syukriey maklumat Di saat kehilangan Ustaz Muzdi,ada sedikit cerita..

Bagi sahabat-sahabat ana di sekolah arab pasir mas,kenalan2nya,murid2nya dan lain2 yang mengenali...sama-sama kita bacakan/sedeqahkan Al_fatihah buat beliau.....

Maklumat dibawah ini pula hamba ambil dari blog saudara remyziey

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Muzdi yang telah meninggal dunia semalam akibat serangan jantung. Masih tertanya-tanya adakah perasaan terkenangkan Allahyarham semalam merupakan satu lagi 'bicara dari langit'? Innalillah.....
---------------------------------
Teruja apabila melihat Rancangan Mari Bertarannum di TV9 kerana menampilkan senior di SMU(A)Pasir Mas sebagai pengendali atau hosnya, Ustaz Azizan. Lebih teruja apabila lagu-lagu nasyid yang didendangkan ialah lagu-lagu kumpulan nasyid sekolah yang mana aku adalah salah seorang bekas anggotanya.

Ustaz Muzdi selaku jiran, guru dan jurulatih nasyid sekolahku pastinya lebih berbangga kerana beliaulah orang yang mencipta lagu-lagu terbabit. Ustaz Azizan pula ialah anak murid beliau dan merupakan anak kepada seorang guru al-Quran yang tersohor di Kelantan, Ustaz Nik Pa. Ustaz Nik Pa juga merupakan jiranku dan selalu menjadi pengadil di Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Recent Posts

Recent Updates

Recent Comments