Dato’ Paduka Haji Nik Jaafar Nik Ismail merupakan seorang Tokoh dalam bidang Al Quran terutamanya bidang tarannum dan Beliau telah memberi banyak sumbangan kepada masyarakat di Malaysia mengenai Al Quran.
a. Beliau dilahirkan pada 5 julai tahun 1936 di Kampung Kerasak, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan.
b. Pendidikan Beliau ;
1. Sekolah Rakyat Kampung Kerasak
2. Madrasah Ad Diniyyah Kampung Kedondong, Pasir Mas
3. Madrasah Muhammadiah Kubang Bemban, Pasir Mas
4. Maktab Perguruan Kota Bharu
c. Guru Beliau :
1. Tuan Haji Mohd Yusuf Kedondong
2. Tuan Haji Che Musa Mahmud
3. Tuan Haji Nik Ismail
4. Tuan Haji Ahmad Maasom Pergau
5. Sheikh Mahmood Hafiz Muhammad Mustafa
6. Sheikh Dr Ahmad Al Masri
d. Kerjaya Beliau :
1. Hakim Majlis Tilawah Al Quran peringkat Kebangsaan sejak tahun 1983 sehingga 2018
2. Hakim Majlis Tilawah Al Quran peringkat Antarabangsa sejak tahun 1993 sehingga 2019
3. Presiden Qari dan Qariah negeri Kelantan
4. Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
5. Pakar Rujuk Al Quran dan Tarannum peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
6. Penggubal Kurikulum Al Quran dan Tarannum Kementarian Pendidikan
e. Beliau menubuhkan pusat pembelajaran Al Quran iaitu Majlis Raudhah Al Tilawah Al Quran di Pasir Mas, Kelantan.
f. Beliau meninggal dunia pada 23 mac tahun 2022 ketika berusia 85 tahun.
(Admin PTP) - 07/08/2022
No comments:
Post a Comment