Kursus Tahsin Al-Quran bersama Datuk Haji Faizul

Dengar Ulasan Dari Datuk Haji Faizul









keputusan tilawah al-quran kebangsaan 2009

Pada tahun ini (2009)keputusan Majlis Tilwah Al-Quran peringkat kebangsaan seperti berikut:-

Kategori Qari :

Johan : Sarawak 81%
Naib Johan : Perak 80.33%
Tempat 3 : Sabah 79%

Kategori Qariah :

Johan : Perak 80%
Naib Johan : Johor 79%
Tempat ke 3 :W/Persekutuan 76.33%

Musabaqah Kebangsaan 2009

Salam dari hamba,malam hambo postkan blog ini adalah malam ke-3 musabaqah quran ...Kali ini menampilkan ramai bekas-bekas pelajar Akademik Al-Quran...Hamba beryukur kali ini ramai bakat-bakat baru atau orang muda yang mendominasi penyertaan setiap negeri...Bagi hamba masih terdapat beberapa orang qari membaca boleh dikatakan agak lemah sedikit dengan maqam kebangsaan ini...Hamba tak pandai punnn...Dengat tu tahu la sikit2..heee...

Beberapa sahabat atau kenalan qari hamba dari beberapa negeri telah berlaku peningkatan yang agak memberangsangkan aspek mutu bacaan masing-masing...

Kali ini Qari dari Kelantan Wakilnya dari Orang Muda Saudara Ustaz Anuar daripada Daerah Machang Kelantan.Bacaannya amat bertenaga serta alunan lagunya agak baik berbanding qari -qari lain..Ini bagi hamba la...Namun qari seperti Ustaz Amirurrahman,Ustaz Hafas,Ustaz Azraei dan Saudara Abdullah dari Sabah diantara mereka masing-masing bersaing rapat..Johan menunggu Perak Ustaz Samsul ada kesilapan bacaan...


Ada beberapa orang qari dan qariah hamba rakam bacaan mereka..Untuk tambahkan ilmu hamba je..Maklum la hamba disabah sekarang...

Malam Esok peserta dari Sarawak Saudara Awangku,Darp Perak ustaz Anuar Hasin Dan Peserta dari Selangor Ustaz Mustafa.Yang lain-lain hamba tak tau....tu je yang hamba dapat maklumat..

Dapatkan Cd Bijak Tarannum daripada Ustaz Nik Azizan


CD INI MERUPAKAN BACAAN SURAH2 YANG

ADIK-ADIK PELAJARI DALAM RANCANGAN MARI

BERTARANNUM UNTUK MUSIM 1-4 TV9.
CD 1 :

BACAAN USTAZ NIK DENGAN PENERANGAN
LAGU

SERTA HARAKAT2.
CD 2 : BACAAN PENUH

TARANNUM


HARGA : RM19.90
POS : RM2.00

Hubungi hamba :019-5350620
Nama : MOHD SABRI BIN MOHD YUNUS
No Akaun : 160063280496

Ustaz Abdul Bari Abdullah

Susah kita nak cari orang melayu kita bacaan tadwir sebaik bacaan ustaz abdul bari abdullah ni...ada tp jarang sangat...latih la diri tiru bacaan arab terutamanya qari-qari ternama dengan keilmuannya...Beliau adalah hakim negeri tilawah quran negeri kelantan...

Lagu / Tarannum dalam azan



Tarannum lagu Jiharkah

Mp3 Bacaan Almarhum Haji Muhammad Bin Yusoff


Almarhum Haji Muhammad Bin Yusoff adalah keluarga hamba,beliau juga berasal dari kampung hamba.Almarhum terkenal dengan suara yang lantang dalam bertarannum.Almarhum adalah bekas johan qari antarabangsa pada tahun 1990 kalau tak silap hamba.

Saudara Mohd Anuar Ghazali akan mewakili qari kelantan ke peringkat kebangsaan 2009

Salam,saban tahun hamba hanya memerhatikan musabaqah atau tilwah quran terbuka anjuran jakim,Selagi hamba masih menetap dan bertugas di sabah,selagi itulah hamba tak dapat menyertainya,Di negeri sabah syarat menyertainya mesti telah bermastautin di negeri bawah bayi ini selama 10 tahun terlebih dahulu.

Tahun pertama hamba disabah 2005,hamba telah menyertai tilawah terbuka anjuran jakim dan berjaya keperingkat akhir negeri sabah,Namun di saat-saat akhir hampir pertandingan bermula hamba dipanggil oleh urusetia,Urusetia menyatakan hamba tidak layak menyertai tilawah ini.itu sahaja coretan hamba setakat ini.Tahun 2005 peringkat negeri sabah diadakan di sandakan.

Guru Johan Tilawah Al-Quran Kelantan


KOTA BAHARU, 12 Jun (Bernama) -- Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Lui, Negeri Sembilan, Mohd Anuar Ghazali, 34, muncul johan qari tilawah al-Quran peringkat negeri di Balai Islam, Lundang, di sini malam tadi.

Mohd Anuar, yang berasal dari Bandar Baru Machang, akan mewakili Kelantan ke tilawah peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Ipoh dari 14 hingga 18 Jun ini.

Naib johan ialah Wan Hilmi Wan Abdullah dari Jajahan Kota Baharu manakala Hassan Shukri dari jajahan Tanah Merah menduduki tempat ketiga.

Tidak ada kategori qariah bagi negeri Kelantan.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

-- BERNAMA